Thursday 9 June 2016

DOA UNTUK MERAWAT JIWA YANG LEMAH DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Penyakit histeria selalu berlaku dikalangan pelajar Melayu terutama pelajar perempuan. Pernah berlaku juga kepada pekerja wanita di sebuah kilang   suatu ketika dahulu  di Taman Ria, Sungai Petani. Hampir 300 pekerja terkena histeria sehingga terhenti pengeluaran kilang selama dua hari.  

Dari segi perubatan moden, penyakit Histeria adalah salah satu penyakit mental akibat tidak berkemampuan seseorang menghadapi kesukaran-kesukaran, tekanan perasaan, kegelisahan, kecemasan dan pertentangan jiwa dan batin.

Pada segi perubatan Islam ia adalah gangguan dari makhluk halus yang merasuk seseorang itu terutama yang lemah semangat. Wanita yang lemah semangat akibat tekanan jiwa, stress yang teruk senang dirasuk berbanding mereka yang kuat semangat. Pelajar lelaki kadang-kadang terkena histeria tapi sangat jarang. Stress akibat terlalu susah hati menjelang hari peperiksaan, dan berbagai perkara yang tak dapat dijelaskan lagi. 

Doa ini yang diambil dari Ustaz Sharhan Shafie dalam rancangan "Tanya Ustaz" untuk diamalkan oleh mereka yang lemah semangat bagi memantapkan dan menguatkan jiwa dari gangguan makhluk halus. Untuk isteri dan anak-anak yang tinggal di tempat yang ada masalah. Tempat yang "keras" dikhuatiri boleh terkena makhluk halus.

Seperti rumah sewa yang berhantu atau rumah yang dibina diatas bekas kubur yang lama, tempat buang saka oleh orang-orang dulu. Dibina rumah diatas tapak yang menjadi kediaman makhluk halus. Kerana manusia tidak nampak makhluk halus tinggal bersama disitu. Bila semangat sangat lemah, datang bulan pula, senang dirasuk. 

Caranya baca doa ini setiap kali lepas solat. Jadikan amalan pada mereka yang lemah semangat supaya jiwa mereka kuat dari gangguan makhluk halus.  


Maksudnya:

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." 




Wasallam.

No comments:

Post a Comment