السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Firman Allah SWT:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2).
Setiap dari kita ingin dimatikan suatu hari dalam keadaan yang baik iaitu mati dalam Husnul Khatimah. Mati dalam keadaan yang beriman. Terhindar dari azab dan seksa kubur. Bukan dimatikan dalam Suul Khatimah. Diazab dalam kubur oleh Malaikat Mungkar Nakir.
Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”
Ada pun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT tidak kira di mana mereka dikuburkan. Adakah kita pernah berdoa untuk dimatikan dalam keadaan berbuat baik sebelum ini??. Mari membaca doa ini setiap kali selepas solat semuga kematian kita nanti dimatikan dalam keadaan berbuat baik.
Maksudnya:
193: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti;
194: "Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan jangalah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
Wasallam.
No comments:
Post a Comment