Wednesday 15 June 2016

DOA MEMOHON KESEMBUHAN PENGLIHATAN



Mata ialah pancaindera yang sangat penting. Tanpanya kita akan kehilangan nikmat Allah SWT dan tidak dapat melihat keindahan yang Allah ciptakan untuk hambaNya. Ada yang buta dari kecil dan ada juga yang buta setelah kerosakan akibat dari penyakit mata, kemalangan dan semakin berusia mata akan menjadi kabur dan terpaksa menggunakan cermin mata. Bagi yang membuat pembedahan mata untuk kembali sembuh eloklah diamalkan doa ini sebelum membuat pembedahan dan rawatan. Yang menggunakan komputer berjam-jam lamanya juga baik baca doa ini supaya mata sentiasa terang dan baik penglihatannya.

Diriwayatkan dari kitab Tirmizi dan Ibn Majah daripada Usman bin Haniff R.A bahawa seorang laki-laki yang penglihatannya sudah lagi tidak terang dan (hampir buta) telah datang kehadapan Nabi SAW dan berkata:

"Doakan aku kepada Allah agar Allah memberikan kesembuhan kepada mata aku ini"

Berkata Nabi SAW:

"Jika engkau mahu, aku akan doakan dan jika engkau mahu bersabar, itu lebih baik lagi"

Orang itu lalu berkata:

"Doakanlah aku"

Maka Nabi SAW menyuruh dia untuk mengambil air wuduk dengan sebaik-baik wuduk dan berdoa dengan doa ini. 




"ALLAHUMMA INNII AS-ALUKA WA ATAWAJJAHA ILAIKA BINABIYYIKA MUHAMMADIN NABIYYIIN RAHMATI SALLALAAHU 'ALAIHI WASSALLAM. YA MUHAMMADU, INNI TAWAJJAHTU BIKA ILAA RABBI FII HAA JAATII HADZIHII LIITUQDIYA LII, ALLAHUMMA SYAFFI'HU FIYYA.

Maksudnya:

"Ya Allah, aku bermohon dan menghadap kepada-Mu bersama Nabi-Mu, Muhammad, nabi yang terbanyak mendapat rahmat daripada engkau. Ya Nabi Muhammad, sesungguhnya aku menghadap bersamamu kepada Tuhan ku kerana kepentingan ku ini, harapan semuga dikabulkanNya untuk ku, Ya Allah sembuhkanlah aku"

Wasallam.

No comments:

Post a Comment