Thursday 30 June 2016

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI



Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh para ibubapa. Kadangkala ibubapa juga disergah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin juga kerana masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh ibubapa. 

Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah SWT untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa dan minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 

Bagi yang tidak boleh membaca "Doa melembutkan hati" iaitu Surah Taha ayat 1 - 5 dengan baik. Lakukan cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".



"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna &; Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.

Wasallam.

DOA HILANGKAN SAKIT GIGI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa ini baik bagi menghilangkan sakit gigi, gigi berlubang. Kadang-kadang gigi yang elok pun sakit kerana saraf gigi terganggu oleh minuman sejuk, badan terlampau panas dsbgnya. Dengan mengamalkan dan membaca doa ini  dengan kahfiat ayat dari Surah Al Mulk, Ayat 23.

Caranya:

Bila sakit gigi berdenyut, pegang bahagian yang sakit dan baca doa ini tiga (3) kali. Atau ambil air kosong masuk sedikit garam, baca doa ini sebanyak tiga (3) kali. Sebelum itu salawat dahulu  tiga kali (3) dan kumur sehingga hilang sakit. InsyaAllah sakit akan hilang dengan izin-Nya.




Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

Sekian, Wasallam. 

DOA UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT JANTUNG DAN SAKIT DALAM BADAN




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik".



Surat Adh-Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu.




Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan.

Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib. 

Surah dan amalan ini, diamalkan oleh ibu saudara penulis yang kembali kerahmatullah 4 tahun yang lepas pada usia 125 tahun. Walaupun arwah berusia 125 tahun. Arwah tidak nyanyuk dan kuat beribadat. Khatam Al-Quran sebulan sekali. Sepanjang masa arwah berpuasa melainkan hari-hari yang tidak dibenarkan dalam Islam. Hebat sungguh arwah ini. 

Ini kali pertama penulis mendedahkan kisah arwah ibu saudara penulis yang bernama Allahyarhamah Siti Aminah Bt Hj Din iaitu kakak sulong kepada arwah bapa penulis. Semuga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Diantara khasiat surah Ad-Dhuha adalah:-

1. Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib.

2. Doa murahkan rezeki - hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7x dan sambung dengan Ya- Ghani.

3. Doa untuk terang hati baca 40x sehari selama 41 hari.

Terjemahannya.

1. Demi waktu Dhuha.

2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).

6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?

8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Wasallam.

DOA UNTUK ELAK SUAMI ISTERI DAN ANAK-ANAK BERGADUH



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kata pepatah: "Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri." Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal. 

Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.

Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.

Namun baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes yang membawa maut. Kisah suami tikam isteri kerana kejutkan untuk solat. Kisah ayah tikam anak bila anak menegur bapanya yang balik dalam keadaan mabuk. Lagi kes baru anak pukul ayah kerana kejutkan bangun untuk solat subuh dan ibu yang cuba menyeleraikan nyaris maut selepas ditolak oleh anaknya.

Jadi ikhtiar terbaik hanya memohon kepada Allah SWT supaya rumahtangga aman damai. Perselisihan faham yang baru bermula. Cepat-cepat redakan kemarahan masing-masing. Banyak beristighfar akan menyejukkan hati yang marah. 

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu marah, ambillah wuduk.

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Semuga kita banyak bersabar dan mengamal surah ini untuk kebaikan rumahtangga yang harmoni.


Terjemahan Surah Al-Baqarah: Ayat 102

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.


Wasallam.

DOA TIDAK TERBAKAR OLEH API YANG DIBACA OLEH NABI IBRAHIM AS SERTA DOA RAWATAN TERBAKAR DAN MELECUR




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ibn Abbas bahawa dia berkata: Ucapan terakhir Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api ialah:

حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Bermaksud

"Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung." 

Raja Namrud mati akal ketika berhujah dengan Nabi Ibrahim berikutan semua pertanyaan yang dikemukakannya kepada Ibrahim dijawab mengikut logik akal. 

Bagaimanapun, Namrud yang mengheret Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan menghancurkan berhala yang disembah kaumnya tetap mahu menghukum Ibrahim. Justeru, Namrud memerintahkan tenteranya supaya menangkap Ibrahim untuk dibakar hidup-hidup. 

Rakyat dikerah mengumpulkan kayu untuk tujuan pembakaran itu. Ibrahim dicampak ketika api marak di hadapan orang ramai yang menyaksikannya dengan penuh gelisah.

Walaupun berada dalam api yang marak, Ibrahim tidak terbakar, malah dirasakannya bertambah sejuk. Keistimewaan luar biasa itu adalah mukjizat Allah kepadanya. 

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:




Qulna ya naru kooneebardan wasalaman AAala ibraheem


Terjemahannya:

"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."

Doa ini amat sesuai diamalkan oleh kita semua sebagai menyatakan pergantungan mutlak hanya kepada Allah Yang Maha berkuasa dan Maha Pengurnia sebagai tempat memohon pertolongan dan bantuan. 

Sekiranya terperangkap semasa kebakaran dalam bangunan dan hanya jalan keluar yang selamat melalui api yang sedang marak maka tawakal dan yakin dengan ayat-ayat Allah SWT. Ma’unah. Iaitu kejadian luar biasa yang diberikan kepada sebahagian orang awam untuk melepaskan dirinya dari kesulitan. Jika tidak yakin cuba cari jalan keluar lain. 

Untuk rawatan kulit terbakar atau melecur, baca Surah Al- Fatihah diikuti dengan ayat tersebut juga:



Qulna ya naru kooneebardan wasalaman AAala ibraheem


Terjemahannya:

"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."

Sumber Rujukan: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat- Ayat dan Doa- Doa Mustajab. 2008. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

Semoga kita dipermudahkan untuk mengamalkan semua amal soleh.

Wasallam.

DOA MENJAGA DARI GANGGUAN ULAR DAN BINATANG BISA




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ular adalah binatang yang sangat ditakuti oleh manusia dari dahulu lagi. Sejak Nabi Adam AS lagi, Iblis telah menyamar menyerupai ular untuk masuk ke dalam syurga untuk menggoda Nabi Adam AS dan Hawa supaya melanggar perintah Allah SWT iaitu memakan buah khuldi. Dipendekkan cerita, Nabi Adam AS dan Hawa dihukum Allah SWT untuk turun ke dunia kerana mengingkari arahanNya.

Penulis telah mengamalkan doa menjaga diri dari gangguan ular dan binatang bisa sejak dari dahulu lagi semasa dalam perkhidmatan tentera. Setiap kali latihan atau operasi, sebelum melangkah keluar kem inilah diantara ayat-ayat yang dibaca terlebih dahulu. InsyaAllah dilindungNya sehingga kini.






Salaamun 'alaa Nuuhin fil' aalamiin innaka haamidum majid



Maksudnya : Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh di alam semesta

CARANYA:

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali sebelum melangkah keluar dari rumah atau ke dalam kawasan yang semak seperi kebun getah/ladang kelapa sawit yang banyak ular jenis  ular tedung. Negeri disebelah utara seperti Kedah terutama Sg Petani/Gurun dan kawasan disana memang banyak ular kapak yang selalu memasuki rumah orang. Untuk yang selalu masuk ke hutan seperti anggota tentera. Baca dahulu doa ini di pinggir hutan sebelum masuk hutan. InsyaAllah dipelihara dari segala binatang bisa seperti ular, kala jengking, lipan dll.

DOA RAWATAN JIKA TERKENA PATUKAN ULAR ATAU BINATANG BISA


TERJEMAHAN:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3. Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6. Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.

CARA-CARA RAWATAN

Sekiranya mangsa yang terkena patukan ular berada jauh dari hospital yang mengambil masa yang lama untuk sampai bagi menerima rawatan terutama yang berada di kawasan pendalaman seperti Sabah atau Sarawak elok ikhtiarkan cara ini. InsyaAllah dapat menyelamatkan si mangsa tersebut.

1. Air sebotol.
2. Kain atau tuala.
3. Selawat Nabi 3x.
3. Baca Al-Fatihah 1x.
4. Baca Bismillah Tujuh 1x.

Setelah doa dibaca, ditiupkan kepada air dalam botol dan pada tempat luka kena patuk ular. Air diberi minum kepada mangsa sebanyak yang boleh dan menyapu air doa pada tempat luka terbut. Basahkan kain atau tuala dengan air yang didoakan dan diikat pada tempat luka kena patuk ular tersebut. InsyaAllah. Allah SWT adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia Maha Mengasihani dari segala-galanya. 

Wasallam.

Wednesday 29 June 2016

DOA SUPAYA SUAMI TETAP SETIA PADA YANG SATU




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Disini captain dapatkan satu doa dari Surah Taha ayat 109. Bacalah doa ini wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pulak. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya. Kita merancang , Allah juga merancang untuk kita dan Dia jugalah sebaik perancangan untuk kita.

Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.



Terjemahannya:

Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.

Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.

Wasallam.

DOA UNTUK HINDARKAN DARI TERKENA SEBARANG JENIS ILMU HITAM-SIHIR




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sihir adalah dosa yang kedua terbesar selepas syirik. Orang yang mengamalkan ilmu sihir selalunya mendapatkan pertolongan dari Syaitan dan Jin. Selalunya makhluk halus inilah yang menolong melakukan kerja-kerja sihir seperti yang diarahkan untuk merosak, memecah belah keluarga, menyakiti dan membunuh insan lain kerana sakit hati atau dengki supaya tercapai niat busuknya.

Ilmu sihir ada bermacam-macam seperti santau angin yang menggunakan jin supaya mangsa diracun. Ilmu sihir tafriq untuk memecah belah pasangan suami isteri dan terus bercerai. Pukau supaya mangsa senang dirompak dan banyak lagi nak disebutkan disini dan yang paling selalu kita dengar digunakan untuk menjatuhkan perniagaan seseorang itu yang sedang maju sehingga perniagaannya gulung tikar seperti restoran makanan yang selalu berlaku kepada orang-orang melayu kita.

Dalam rancangan "TANYALAH USTAZ". Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz ada memberitahu bahawa Nabi SAW pernah bersabda: 


"Barang siapa yang mengamalkan ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255 dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, maka terhindarlah dirinya dari sebarang sihir"

(Maaf kerana sabda Nabi SAW diambil terus dari percakapan Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Ini bermakna sebarang ilmu sihir yang dituju kepada mangsanya itu dipelihara oleh Allah SWT. Dan sihir yang dihantar atau dituju kepada mangsanya akan dikembali kepada orang yang menghantarkannya.  Maka orang jahat itu terkena sihirnya sendiri. Begitu hebatnya ketiga-tiga ayat Allah ini sebagai pendinding diri dan perlindungan kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ia sebagai "Internal Protection". Sebaiknya dibaca 1 x sebelum tidur tiap-tiap malam. Moga-moga kita dipeliharaNya dari sihir.

1. Surah Al-Baqarah: Ayat 1-5.






Wasallam.

DOA SUPAYA ORANG MENGHORMATI DAN DICINTAI OLEH SEKALIAN MANUSIA.




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SURAH AL- ANFAL 

"Barang siapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia." 


Setiap dari kita mahu orang lain mencintai kita sepenuh hati begitu juga kita mencintai seseorang itu. Ada bermacam-macam cara dilakukan untuk menarik perhatian. Ada yang menggunakan minyak pengasih, minyak dagu, minyak cenuai dan disapu pada orang lain supaya suka kepada kita. Semua minyak-minyak pengasih ini hanyalah berguna untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Habis "power" maka terserlahlah kebencian pula. Takut-takut yang menggunakannya terlibat dengan sihir. Maka tak tertanggung dosa besar itu. 

Ada sesetengah orang yang menggunakan susuk supaya orang lain suka dan hormati padanya. Bila dipandang nampak cantik dan manis. Tapi pantang larangnya banyak pula seperti tidak boleh lalu bawah ampaian baju. Tidak boleh makan pisang emas. Makan sate pun kena ambil daging baru disuap ke dalam mulut. Tak boleh makan sate cara biasa. Jika tidak, tertanggal susuk itu dari tubuh si pemakainya. Nak pasang susuk emas pada seseorang itu terutama sekali untuk kelihatan cantik bagi wanita. Terpaksalah bertelanjang bulat dihadapan bomoh susuk itu. Nauzubillah minzalik! tak sangguplah macam tu! Silap-silap takut kena cabul pula jika bomoh itu naik "stim" kat tubuh yang tanpa seurat benang.

Dengan mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT tidak ada pantang larangnya. Tinggal yang dilarangNya dan lakukan yang diperintahNya. Solat dan wuduk itu boleh menyerikan wajah kita dan diperkuatkan lagi dengan surah-surah yang diamalkan. Hati ikhlas dalam ibadat nescaya Allah SWT rahmati hambaNya. 

Banyak surah-surah dalam Al-Quran boleh kita amalkan. Kali ini mari kita amalkan pula Surah Al-Anfal ayat 62 dan 63 setiap kali selepas solat fardu. Bacalah berkali-kali supaya sebati dengan jiwa dan diri kita sebagaimana yang kita membaca Al-Fatihah selama ini. 


Terjemahannya:

Ayat 62: Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Ayat 63 : Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Wasallam.

MELARISKAN PERNIAGAAN ANDA - SURAH AL-FAATHIR AYAT 29 DAN 30



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SURAH FAATHIR 

"Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya."

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali. 

Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.


Inna allatheena yatloona kitabaAllahi waaqamoo assalatawaanfaqoo mimma razaqnahum sirran waAAalaniyatanyarjoona tijaratan lan taboor (29)

Liyuwaffiyahum ojoorahum wayazeedahum min fadlihiinnahu ghafoorun shakoor (30)

Terjemahannya:

Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Wasallam.

DOA KESELAMATAN DIRI DIJAUHKAN DARI PERKARA BURUK: BOT KARAM-KECURIAN-SERANGAN MUSUH





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Surah Al-Mu'minun 

1. Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

Surah Al-Mu'minun: Ayat 28

2. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

Ayat 28 dari surah ini hendaklah menjadi sebahagian doa kita untuk menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, harta dan nyawa. Jika terdaya baca semua surah Al-Mu'minun. Malang tidak berbau. Sekiranya terjadi kepada diri dan ahli keluarga yang selalu menggunakan jalan air seperti di Sungai Sarawak atau mencari nafkah di laut terutama sekali kerja-kerja menangkap ikan seperti nelayan. Atau yang selalu bawa famili bercuti di pulau-pulau. 

Begitu juga kita menghalang rumah dari dimasuki perompak serta serangan musuh seperti dirompak dan dibunuh. Harian Metro semalam melaporkan taktik baru perompak iaitu membakar rumah untuk menghilangkan kesan serta bukti rompakan mereka. Klik untuk baca: 4 Beranak Nyaris Rentung. Semuga dilindung dan peliharaNya dari sebarang perkara buruk.




Terjemahannya:

Ayat 28:

"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim."

Wasallam.

Tuesday 28 June 2016

SHALAWAT KAMALIYAH



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Barang siapa yang selalu membaca shalawat kamaliyah 70 kali di waktu antara solat maghrib dan isya', Allah SWT akan memberikan kekuatan dalam hal hafalan / hafalannya kuat, tidak mudah lupa.

Allahumma sholli wasallim wabaarik 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa'alaa aalihii kamaalaa nihaayata lika maalika 'adada kamaalihi.

Artinya:

Ya Allah limpahkanlah rahmat keselamatan dan berkah kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada keluarganya sebagaimana tiada batas akhir bagi kesempurnaanMu, sebanyak hitungan kesempurnaanNya.

Manfaat dan fadhilat shalawat ini adalah :

Apabila dibaca satu kali pahalanya sama dengan membaca shalawat 10000 (sepuluh ribu) kali, apabila dibaca 700 (tujuh ratus) kali dapat menjadi tebusan bebas dari api neraka.

Jazakallahu khairan.

DOA UNTUK PESAKIT JANTUNG SUPAYA SEMBUH



Surah Ar- Ra'd

"Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh".


Terjemahannya:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Lazim-lazimlah membaca surah ini selalu kepada mereka yang mengidap sakit jantung. Penyakit ini tidak kira usia muda atau yang tua. Ada yang baru berumur 20 tahun pun sudah ada sakit jantung. Pengambilan makanan harian seperti makanan yang banyak minyak dan lemak yang tinggi akan menyebabkan risiko sakit jantung yang kronik. 

Yang malas bersenam sekurang-kurangnya lakukan senaman yang ringan seperti berjalan laju jika ada kesempatan di taman-taman yang berdekatan rumah anda. Tak perlu berlari laju takut-takut jantung anda tak dapat menampung tekanan.

Mari kita baca maklumat berkenaan yang diambil dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pengetahuan kita bersama.

SAKIT JANTUNG


Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Faktor Penyebab

Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
  • jantung. Bersenamlah.

Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia