Friday 2 December 2016

DOA PERLINDUNGAN STROKE / ANGIN AHMAR






الَّهُمَّ ِنِّ اءُزُبِكَ مِنَرِّهِل اهمَر, وَدَّمِل اسوَد, وَدَِّل اكبَر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar


Ertinya:

Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (strok) & dan dari penyakit berat.




Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya,Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi AllahSulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab olih lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar....dan Aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi gilalah anak adam,

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa "Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar Sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang jibril kepada Nabi S.A.W. bertanya Nabi kepada jibril. Maka ghaib sebentar jibril lalu Kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian Dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua Sembuh serta merta. 

Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahawa barang siapa Membaca doa strok. Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur Hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROKE.

Wednesday 16 November 2016

DOA DAN TERAPI YANG DIAJARKAN RASULULLAH SAW UNTUK MENYEMBUHKAN BAHAGIAN TUBUH YANG SAKIT

Setiap penyakit ada ubatnya, demikianlah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana itu orang yang mengalami sakit dianjurkan untuk berubat. Rasulullah SAW juga mengajarkan doa-doa untuk penyakit tertentu. Contohnya adalah berikut ini.
Jika yang sakit hanya dibahagian tertentu dari tubuh kita, misalnya bahagian dada (paru-paru dan jantung), kepala (sakit kepala atau migrain), sakit perut (lambung/maag), dan sejenisnya, maka Rasulullah SAW menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:

ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِى تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ. ثَلاَثًا. وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim)
Dalam Syarah Hisnul Muslim disebutkan asbabul wurud hadits ini.Suatu hari ada seornag sahabat Nabi SAW yang datang mengeluhkan sakit pada anggota tubuhnya. Ia bernama Utsman bin Al Ash r.a. yang merasakan sakit sejak ia masuk islam. Lalu Rasulullah mengajarkan doa dan cara tersebut:
1. Letakkan tangan pada tempat yang sakit.

2. Baca Bismillah tiga kali

3. Baca doa ini tujuh kali:

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Artinya: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan
Jika kita meyakini betul apa yang diajarkan Rasulullah ini, maka insya Allah, Allah SWT akan memberikan kesembuhan kepada kita, seperti halnya Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Utsman bin Al Ash r.a. Semoga Allah SWT senantiasa memudahkan kita untuk mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW dan Allah mengaruniakan rezki kesihatan kepada kita dan seluruh anggota keluarga. Aamiin.

Wednesday 2 November 2016

BERHATI-HATI KETIKA BERDOA....INILAH KALIMAT TERLARANG YANG TIDAK SEPATUTNYA DIUCAPKAN KETIKA BERDOA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berdoa menjadi sebuah aktiviti rohani seorang hamba dengan tujuan untuk meminta sesuatu kepada Sang Pencipta. Pada umumnya, doa dilaksanakan setelah menunaikan solat wajib ataupun solat sunat. 

Doa pun akan dipanjatkan setelah menunaikan berbagai bacaan zikir yang mengagungkan dan memuji Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tak lupa juga menyisipkan berbagai namaNya yang terhimpun dalam Asmaul Husna sebagai bentuk mengagungkan kebesaranNya.

Selain ada adab yang harus dipatuhi agar doa mungkin dikabulkan, ternyata ada juga larangan berupa kalimat-kalimat yang tidak boleh diucapkan ketika sedang memohon. Kalimat apakah itu?

Kalimat ini sebenarnya sering diucapkan oleh kaum muslimin ketika berdoa dan sebahagian orang menganggap bahwa kalimat ini sangat baik. Memang jika dilihat sepintas, maka tidak ada yang salah dengan kalimat ini. Namun nyatanya Rasulullah mengetahui apa yang dikehendaki Allah dibandingkan dengan anggapan ataupun pemikiran kita.

Kalimat tersebut iaitu “Jika Engkau berkenan”. Contohnya seperti kalimat, “Ya Allah jika Engkau berkenan, ampunilah aku.” Itulah kalimat yang terlihat benar, namun sebenarnya salah dan dilarang.

Beberapa dari kita mungkin pernah mengucapkannya atau bahkan sering. Memang secara harfiah kalimat tersebut bermakna lembut dan tidak memaksa Allah ketika meminta. Namun jelas hal itu tidak diperbolehkan.

Rasulullah menyatakan dalam hadisnya:

Apabila salah seorang dari kalian berdoa, hendaklah ia sungguh-sungguh dalam memohon dan janganlah ia mengucapkan, “Ya Allah jika Engkau berkenan maka berilah aku,” kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat memaksaNya.” (HR Bukhari)

“Janganlah kalian mengucapkan, “Ya Allah ampunilah aku jika Engkau berkenan. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau berkenan. Tapi hendaknya ia sungguh-sungguh dalam memohon kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat memaksaNya.” (HR Bukhari)

Dalam menjelaskan hadis ini, Ibnu Abdil Barr yang merupakan ahli tafsir mengatakan bahwa tidak ada yang dapat memaksa Allah Ta’ala. Allah hanya melakukan apa yang Ia kehendaki dan Allah hanya mengabulkan apa yang Ia kehendaki pula.

Menanggapi kalimat yang ada dalam hadis tersebut, maka Ibnu Abdil Barr menyatakan bahawa haram hukumnya mengucapkan kalimat tersebut. Sementara Imam Nawawi menganggap hal itu makruh untuk diucapkan. 

 Wallahu A'lam Bishawab



Tuesday 11 October 2016

DOA CEPAT DAPAT PEKERJAAN, DOA AGAR CEPAT DITERIMA BEKERJA




Berikut adalah bacaan doa supaya cepat dapat kerja yang boleh kita amalkan setelah selesai solat 5 waktu.

Selain doa diatas yang dapat kita baca agar supaya cepat diterima kerja, kita juga boleh membaca doa agar cepat mendapat pekerjaan dan/atau dibaca dua-duanya secara berturutan.





Itulah bacaan doa agar cepat dapat pekerjaan yang dapat kita amalkan. Mudah-mudahan, dengan mengamalkan doa tersebut diatas, keinginan kita untuk cepat mendapat pekerjaan segera terwujud, dan rezeki menjadi lancar. Aamiin. 



Sumber http://www.blogkhususdoa.com/

Friday 2 September 2016

DOA ELAK KECEDERAAN TERUK SEMASA DITIMPA KECELAKAAN/KEMALANGAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa ini telah diamalkan oleh "admin" sebelum memasuki tentera sehinggalah sekarang sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau pekerjaan yang bahaya. Doa ini telah diberi oleh arwah semasa dia hidup. 
"Katanya jika berlaku sesuatu, engkau sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum ajal. "Jika selamat dalam kemalangan, akan tiada sebarang calar atau kecederaan pada anggota tubuh badan"
لا حول عن معصية الله إلا بعصمته، ولا قوة على طاعته إلا بمعونته
“Tidak daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin-Mu. Ya Allah Yang Maha Tinggi Yang Maha Agung"
Tetapi memang benar, admin pernah mengalaminya ketika dahulu pada tahun 1992 semasa kemalangan jalanraya di Jalan Sidam Kanan ke Padang Serai. Kereta berpusing beberapa kali sebelum melanggar tiang letrik dan terus jatuh ke dalam parit yang dalam. Kereta di "Write Off" oleh pihak insurance kerana tak boleh diperbaiki lagi. Tiada sebarang calar atau patah. Alhamdulillah.

Baca doa ini selepas membaca Doa Menaiki Kenderaan. Bukanlah kebal atau kuat tetapi Allah SWT telah memelihara hamba-Nya dari sebarang kecederaan.  Wallahualam. 

Wasallam.

ADAKAH SAYA HIPOKRIT JIKA SAYA MENUTUP AURAT TETAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT?




Antara bentuk jerat syaitan ialah menjadikan manusia berputus asa daripada rahmat Allah SWT.


Antara jalannya ialah menjadikan manusia berputus asa di atas dosa-dosa yang dia lakukan sehingga merasakan tiada lagi pintu taubat untuknya.



Antara jalannya ialah menjadikan manusia meninggakan ketaatan kepada Allah SWT lantaran rasa diri tidak layak menunaikannya kerana masih ada maksiat yang dilakukan.



Tidak ada manusia yang tidak berhak melakukan kebaikan. Di zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam ada sahabat yang penzina, ada yang kaki arak, akan tetapi adakah mereka menjauhkan diri daripada melakukan kebaikan yang lain?



Iman manusia sentiasa naik dan turun. Oleh kerana itu setiap hari kita meminta kepada Allah:



اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ 
Tunjukkan kami jalan yang lurus. [Al-Fatihah : 6]



Kenapakah kita meminta jalan yang lurus sedangkan kita sudah Muslim ketika membaca ayat ini? 



Ini kerana yang kita minta ialah agar kita istiqamah di jalan yang lurus.



عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ :
Anas radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kerap membaca doa:



" يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ " ، 
Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati aku di atas agama Mu.



فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا ؟ قَالَ : " نَعَمْ ، إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ "
Lalu aku bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman kepada engkau dan apa yang engkau bawa. Adakah engkau ada rasa takut/khuatir ke atas kami? Baginda menjawab: Ya. Sesungguhnya hati-hati ini berada di antara dua jari daripada jari jemari Allah. dia akan akan membolak-balikkan ia sebagaimana yang Dia kehendaki [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Qadr, hadis no: 2066, hadis hasan]



Isteri Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, iaitu Ummu Salamah radiallahu 'anha menyatakan ini adalah doa yang kerap dibaca oleh baginda.



Oleh kerana itu kita berdoa dengan doa berikut:



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 
Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami selepas Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmat Mu. Sesungguhnya Engkau maha pemberi kurnia. [Ali 'Imran : 8]



Lazimilah doa ini agar hati kita kuat untuk kekal di atas jalan kebenaran.



Jika kita sudah tergelincir, kembalilah kepada Allah. Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hambaNya?



حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي ،
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah. 



يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي ،
Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit tinggi, kemudian engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah. 



يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ .
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib].



Kenapakah kita memilih menambah dosa di atas dosa yang lain?



Jika kita melakukan satu kebaikan dan masih melakukan satu kejahatan, kenapakah kita memilih membuang kebaikan itu atas alasan kita masih lagi melakukan kejahatan?



Bilakah kita akan menjadi manusia yang lebih baik jika kita menambah kejahatan di atas kejahatan?



Boleh jadi satu kebaikan ini akan menjadi bekalan kita untuk memotivasi diri menjadi lebih baik, akan tetapi kita memilih untuk membuangnya sehingga kita melakukan kejahatan yang lain. Adakah kita sedang melarikan diri daripada hidayah Allah.



Kita yang melihat seorang yang baik melakukan kejahatan, wajarkah kita berkata: Buat apa kau buat baik ni sedangkan benda jahat kau masih buat! Allah tak terima amal baik engkau! Buat apa solat kalau masih buat maksiat? Sia-sia sahaja tutup aurat tetapi masih buat maksiat!



Mereka yang berkata seperti di atas, renungilah hadis di bawah:



قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ كَانَ رَجُلاَنِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَآخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ 
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ada dua orang lelaki bersaudara daripada Bani Israel. Salah seorang sering melakukan dosa dan seorang lagi bersungguh-sungguh beribadah. 



فَكَانَ لاَ يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ . 
Lelaki yang bersungguh-sungguh dalam ibadah ini setiap kali dia melihat saudaranya melakukan dosa dia akan berkata: Tinggalkanlah dosa ini. 



فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَىَّ رَقِيبًا 
Pada suatu hari, dia mendapati saudaranya sedang melakukan dosa lalu dia berkata: Tinggalkanlah dosa ini. Lalu saudaranya menjawab: Biarkan aku dan Tuhan ku. Adakah engkau diutuskan kepada ku untuk menjadi pemerhati ke atas ku? 



فَقَالَ وَاللَّهِ لاَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لاَ يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ .
Saudaranya menjawab: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni engkau, Dia tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga. 



فَقُبِضَ أَرْوَاحُهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ 
Lalu nyawa mereka berdua diambil dan mereka berkumpul di hadapan Tuhan sekalian alam. Allah berkata kepada lelaki yang kuat beribadah: Adakah engkau tahu apa yang Aku tahu? Adakah engkau berkuasa atas apa yang ada pada Tangan ku? Allah berkata kepada yang sering berdosa: 



اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ. .
Pergilah, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat Ku. Allah berkata kepada yang lain pula: Pergilah bersamanya (iaitu lelaki yang rajin beribadah itu) ke neraka. 



قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ
Abu Hurairah berkata: Demi tuhan yang diri ku di TanganNya, lelaki itu (iaitu yang kuat beribadah itu) berkata dengan satu perkataan yang memusnahkan dunia dan akhiratnya.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4883]



Hipokritkah kita jika masih melakukan maksiat dalam masa yang sama masih melakukan ketaatan kepada Allah?



Hipokrit itu ialah manusia yang melakukan ketaatan dan menzahirkan kesalehan kepada orang ramai akan tetapi sebenarnya dia berpura-pura.



Adakah kita sedang berpura-pura? Atau sebenarnya kita sedang berusaha membaiki diri kita yang penuh kelemahan?



Semoga kita semua terus menerus mencari hidayah Allah.

 Mohd Masri Mohd Ramli -

Thursday 1 September 2016

BACALAH SURAH AL-IKHLAS DI 9 WAKTU INI, KHASIAT MENAKJUBKAN


SURAT Al Ikhlas, seperti halnya surat-surat yang lain juga memiliki banyak rahasia yang terkandung di dalamnya. Dinamakan surat Al Ikhlas, karena dia menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan dunia akherat, dari kesulitan sakarotul maut, dari kesulitan kegelapan malam dan dari segala kesulitan resiko di hari kiamat.
Ternyata ada waktu tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas:Pertama: waktu pagi dan sore hari
Pada malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk shalat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, “Apakah kalian telah shalat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika sore dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
    Kedua: sebelum tidur
    “Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)
    Ketiga: ketika ingin meruqyah (membaca do’a dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit)
    Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen).”  (HR. BukhariKeempat: wirid seusai shalat (sesudah salam)
    “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat  di akhir shalat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)
    Kelima: dibaca ketika mengerjakan shalat sunnah fajar (qobliyah shubuh)
    “Sebaik-baik surat yang dibaca ketika dua raka’at qobliyah shubuh adalah Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.
    Laporkan iklan?
    Keenam: dibaca ketika mengerjakan shalat sunnah ba’diyah maghrib
    “Aku tidak dapat menghitung karena sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat pada shalat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada shalat dua raka’at qobliyah shubuh yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)
    Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan shalat witir tiga raka’at
    “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama: Sabbihisma robbikal a’la (surat Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan pada raka’at ketiga: Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan mu’awwidzatain (surat Al Falaq dan An Naas).” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)

    Kedelapan: dibaca ketika mengerjakan shalat Maghrib (shalat wajib) pada malam jum’at
    “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika shalat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)
    Kesembilan: ketika shalat dua rak’at di belakang maqom Ibrahim setelah thowaf
    “Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan maqom Ibrahim antara dirinya dan Ka’bah, lalu beliau laksanakan shalat dua raka’at. Dalam dua raka’at tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)

    Wasallam.

    Tuesday 30 August 2016

    DOA MINTA KAYA DAN PANJANG UMUR

    Doa berikut baik diamalkan selepas mengamal doa melunaskan hutang sebesar gunung dan sangat manfaat, insyallah selepas permintaan kaya dan lepas dari hutang. 

    Namun tentu saja kaya yang penuh barokah, bukan sekadar perbanyakkan harta. Apalagi hakikat kaya adalah diri yang selalu merasa cukup.

    Monday 29 August 2016

    DOA MELUNASKAN HUTANG SEBESAR GUNUNG

    Artinya:

    “Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

    Doa ini adalah di antara doa yang baik diamalkan untuk melunaskan hutang dan dibaca sebelum tidur.

    Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

    Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa maksud hutang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

    Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.

    Semoga bisa diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada.


    Sunday 28 August 2016

    KESENGSARAAN ORANG LAIN, KEBAHAGIAAN BAGI KITA




    Sesetengah orang, hatinya gembira dan bahagia apabila melihat orang lain derita. Berlaku pada semua orang. Pernahkah anda tahu dan berperasaan begitu!. Aku derita engkau bahagia. Kata-kata yang selalu diucapkan oleh jejaka yang putus cinta terhadap kekasihnya yang bahagia bersama teman baru.

    Lagi satu yang biasa berlaku pada kita tanpa disedari, bila kita memandu dan melihat pasangan sedang menolak motorsikal kerana kehabisan minyak atau tayar pancit. Kadang-kadang secara otomatik kita tersenyum. Bukan ada niat apa pun untuk ketawa pada mereka. 

    Itu perkara yang biasa dan selalu terjadi pada kita. Bagi pasangan yang menolak motorsikal berbatu-batu jauhnya. Allah SWT sahaja yang tahu betapa penatnya sampai lembik lutut. Bukan boleh dibaiki disitu. Nak ditinggalkan isteri atau temanita kat simpang, takut pula jadi kes lain. Kalau setakat minyak habis boleh diminta tolong orang lain belikan. Tapi jika tayar pancit bukan boleh ditukar disitu. Terpaksa tolak sampai kat kedai motor juga. 

    Sabda Nabi s.a.w:

    "Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam" [Riwayat Bukhari & Muslim]

    Diantara perkara yang kita sedar atau tidak bila kesengsaraan orang lain yang membuatkan kita bahagia.

    1. Anugerah Cemerlang/Kenaikan Pangkat.

    Bila kita mendapat anugerah cemerlang atau kenaikan pangkat dari majikan. Betapa sukanya kita. Mereka yang kuat bekerja tetapi tidak dicalonkan oleh majikan mesti rasa sedih dan hampa. Pada hal kita bukan pun lebih baik prestasi dari mereka yang tidak dicalonkan. 

    Nasihat penulis: Bila dapat anugerah atau kenaikan jangan terlebih cakap pula. Beri kata perangsang pada mereka yang tidak dicalonkan. "Mungkin tahun hadapan giliran kamu pula".

    2. Perkahwinan.

    Selalunya terjadi pada kaum wanita. Bila dipinangkan dan ditetapkan tarikh perkahwinan, habis semua kawan-kawan nak diberitahu. Bila ada kawan-kawan yang belum dipinangkan atau selalu putus tunangan pasti akan merasa sedih. Jangan perli atau terlebih cakap tentang diri anda yang cepat jodoh. 

    Nasihat penulis: Pujuk kawan dan gembirakan hati mereka dengan membuat jamuan. Beri kata peransang dan naikkan semula semangat kawan yang belum sampai jodoh "Jodoh kamu pun akan sampai juga nanti, sabar ya".

    3.Terima Tawaran IPTA.

    Ibubapa yang anaknya diterima masuk ke menara gading sangat bersyukur dan hilang semua penat lelah membesarkan anaknya. Pada ibubapa yang anaknya gagal masuk kemana-mana pengajian tinggi dan tidak mendapat sebarang tawaran langsung, cukup menyedihkan dan menghampakan.

    Nasihat penulis: Jangan ditanya pada mereka pada hal anda tahu anak mereka tidak menerima sebarang tawaran. Jika terjumpa juga, nasihatkan mereka dengan kata-kata, "Yang keluar dari IPTA pun belum tentu menjaminkan mendapatkan pekerjaan, rezeki anak-anak kita tidak tahu lagi".

    4. Putus cinta/Putus Tunang.

    Perkara ini adalah lumrah pada semua orang. Ada yang boleh menerima dengan hati terbuka. Hati gembira melihat kawan yang selalu ke hulu kehilir dengan teman lelaki atau wanita tiba-tiba frust menunging. Makan tak lalu dan hilang arah. Jangan diperli, mesti gaduh punya.

    Nasihat penulis: Nasihatkan kawan yang putus cinta. "Mungkin jodoh kamu dengan orang lain" atau "Kumbang bukan seekor, banyak kumbang-kumbang yang baik untuk kamu".

    5. Ditimpa Kemalangan.

    Apabila jiran atau sedara mara yang ditimpa kemalangan, terus anda melawat mereka. Kadang-kadang ada yang busuk hati. Kerana yang terlibat kemalangan menggunakan kereta mewah dan jarang menegur anda. 

    Nasihat penulis: Bila melawat mereka yang sedang sengsara. Katakan begini " Allah sayangkan kamu!, harta boleh dicari ganti.".

    6.Mendapat harta pesaka.

    Bila mendapat harta pesaka selepas kematian arwah. Ada adik beradik yang tidak menerima sebarang harta mesti rasa sedih. Sakit hati mereka ini boleh memutuskan silahtulrahim. Banyak yang kita dengar sampai berparang dan bermusuhan disebabkan harta. Tapi jika anda anak angkat memang tak layak langsung dapat pembahagian harta pusaka usah risau kerana banyak harta pusaka banyak soal jawab dengan Allah SWT disana nanti.Lambat masuk syurga.

    Nasihat penulis: Jika anda mendapat wasiat dan bahagian anda yang banyak. Jangan terlebih cakap. Katakan dengan rendah hati pada mereka " Tak sangka arwah wasiatkan harta ini.InsyaAllah kalau kamu susah dan memerlukan pertolongan, akan aku tolong dengan harta arwah nanti".

    7. Keputusan UPSR/PMR/SPM.

    Bila keluar sahaja keputusannya dan anak kita mendapat "strait A". Selalunya kita sibuk dan terus menalipon habis semua kawan-kawan. Lepas tu sibuk nak tahu keputusan anak orang lain pula. 

    Nasihat penulis: Tidak perlu tahu keputusan anak-anak orang lain. Mungkin ibubapa anaknya yang keputusan tidak baik sedang bersedih. Jika berjumpa kawan-kawan, katakan begini " Masih ada masa lagi untuk anak-anak berusaha mendapat kejayaan pada peperiksaan akan datang".

    8. Jatuh susah.

    Selalunya bila kita jatuh susah dalam perniagaan, ramai kawan-kawan yang akan menjauhi kita. Ini perkara lumrah dalam hidup. Semasa kaya dan senang, telefon selalu berderingx ajak minum teh dan bermacam-macam yang kita tak larat nak layan. Bila jatuh susah telefon sunyi senyap.

    Nasihat penulis: Hari ini mungkin kawan kita jatuh susah. Esok silap-silap kita pula jatuh susah. Hidup ini macam roda. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Jika terjumpa kawan yang jatuh susah. Tegur dengan baik kerana perasaan mereka sensitif. Beri kata perangsang "Kamu boleh bangun semula, jangan putus asa, banyak orang yang terkenal hari ini, pernah jatuh dan bangun kembali".

    9. Mendapat tender/Peluang Bisnes.

    Persaingan diantara kontraktor-kontraktor mendapat tender memang sengit.Yang selalu ada kroni akan dapat. Mungkin anda ada kroni. Nasib anda baik dan mendapat tender dengan perbezaan harga yang kurang sedikit dari kontraktor lain. Selalunya kontraktor akan berjumpa dan minum bersama yang berada dikawasan yang sama. 

    Nasihat penulis: Jangan menjauhi kontraktor lain yang selalu gagal dapat tender. Beri sedikit peluang kepada mereka seperti membekalkan barang-barang projek kepada anda dan pasti mereka mendekati anda. Apabila mereka mendapat tender yang lebih besar, mungkin mereka teringat anda sebagai sub-kontraktor pula. Katakan pada yang gagal mendapat tender " Tender ni bukan aku boleh buat semua, yang mana boleh aku subkan kerja, sama-sama kita cari makan".

    10. Penceraian suami isteri.

    Bila berlaku penceraian, ada pihak yang bahagia, Jika si isteri berkahwin dengan temannya dan hidup susah. Bekas suami akan merasa puas hati. Memang dia akan sakit hati jika bekas isterinya senang dan mewah bersama suaminya baru. Begitu juga isteri yang diceraikan akan merasa gembira jika suami yang dahulu kaya berkahwin lain dan kemudian jatuh susah dalam perniagaan dengan isteri baru. 

    Nasihat penulis: Sekiranya terjadi begini, doakan supaya mereka bahagia membina rumahtangga baru. Jangan dendamkan kerana sudah ditakdirkan jodoh bukan untuk anda. Selalu penulis menasihat pada kawan-kawan yang sudah bercerai supaya jangan mendendamkan bekas isteri mereka. Katakan kepada mereka "Ini bukan jodoh kamu, carilah penganti yang lebih baik". 

    Setakat sepuluh sahaja penulis terfikir setakat ini. Banyak lagi contoh seperti menjadi isteri kedua. Madu kita sengsara. Begitu juga seperti calon yang kalah pilihanraya.Yang menang bergembira.

    Hati yang baik tak akan gembira melihat orang lain sengsara. Malah ditolongkan sedaya upaya orang yang malang. Doakan kepada mereka yang malang supaya ditetapkan hati pada Allah SWT. Jika hari ini anda berdoa kepada kawan-kawan yang ditimpa musibah. Suatu hari nanti segala malaikat dan segala makhluk Allah SWT akan mendoakan kebahagian kepada anda pula. Bukan rugi pun mendoakan untuk kebahagian orang lain malah Allah SWT akan merahmati kamu. Baik hati ibarat emas dalam jiwa.

    Hati yang baik bukanlah sekadar kurniaan dari Allah SWT yang diberikan kepada orang-orang tertentu saja, namun hati yang baik juga boleh diperolehi dengan latihan dan pendidikan. Salah satu cara untuk mendapatkan hati yang baik adalah senantiasa berkomunikasi hati dengan Allah SWT. Allah SWT adalah Dzat Yang Maha Baik, maka siapapun yang selalu berkomunikasi kepadaNya akan mendapatkan cahaya kebaikan. 




    Jazakallah Khairan.