Tuesday 30 August 2016

DOA MINTA KAYA DAN PANJANG UMUR

Doa berikut baik diamalkan selepas mengamal doa melunaskan hutang sebesar gunung dan sangat manfaat, insyallah selepas permintaan kaya dan lepas dari hutang. 

Namun tentu saja kaya yang penuh barokah, bukan sekadar perbanyakkan harta. Apalagi hakikat kaya adalah diri yang selalu merasa cukup.

Monday 29 August 2016

DOA MELUNASKAN HUTANG SEBESAR GUNUNG

Artinya:

“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Doa ini adalah di antara doa yang baik diamalkan untuk melunaskan hutang dan dibaca sebelum tidur.

Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa maksud hutang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.

Semoga bisa diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada.


Sunday 28 August 2016

KESENGSARAAN ORANG LAIN, KEBAHAGIAAN BAGI KITA




Sesetengah orang, hatinya gembira dan bahagia apabila melihat orang lain derita. Berlaku pada semua orang. Pernahkah anda tahu dan berperasaan begitu!. Aku derita engkau bahagia. Kata-kata yang selalu diucapkan oleh jejaka yang putus cinta terhadap kekasihnya yang bahagia bersama teman baru.

Lagi satu yang biasa berlaku pada kita tanpa disedari, bila kita memandu dan melihat pasangan sedang menolak motorsikal kerana kehabisan minyak atau tayar pancit. Kadang-kadang secara otomatik kita tersenyum. Bukan ada niat apa pun untuk ketawa pada mereka. 

Itu perkara yang biasa dan selalu terjadi pada kita. Bagi pasangan yang menolak motorsikal berbatu-batu jauhnya. Allah SWT sahaja yang tahu betapa penatnya sampai lembik lutut. Bukan boleh dibaiki disitu. Nak ditinggalkan isteri atau temanita kat simpang, takut pula jadi kes lain. Kalau setakat minyak habis boleh diminta tolong orang lain belikan. Tapi jika tayar pancit bukan boleh ditukar disitu. Terpaksa tolak sampai kat kedai motor juga. 

Sabda Nabi s.a.w:

"Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam" [Riwayat Bukhari & Muslim]

Diantara perkara yang kita sedar atau tidak bila kesengsaraan orang lain yang membuatkan kita bahagia.

1. Anugerah Cemerlang/Kenaikan Pangkat.

Bila kita mendapat anugerah cemerlang atau kenaikan pangkat dari majikan. Betapa sukanya kita. Mereka yang kuat bekerja tetapi tidak dicalonkan oleh majikan mesti rasa sedih dan hampa. Pada hal kita bukan pun lebih baik prestasi dari mereka yang tidak dicalonkan. 

Nasihat penulis: Bila dapat anugerah atau kenaikan jangan terlebih cakap pula. Beri kata perangsang pada mereka yang tidak dicalonkan. "Mungkin tahun hadapan giliran kamu pula".

2. Perkahwinan.

Selalunya terjadi pada kaum wanita. Bila dipinangkan dan ditetapkan tarikh perkahwinan, habis semua kawan-kawan nak diberitahu. Bila ada kawan-kawan yang belum dipinangkan atau selalu putus tunangan pasti akan merasa sedih. Jangan perli atau terlebih cakap tentang diri anda yang cepat jodoh. 

Nasihat penulis: Pujuk kawan dan gembirakan hati mereka dengan membuat jamuan. Beri kata peransang dan naikkan semula semangat kawan yang belum sampai jodoh "Jodoh kamu pun akan sampai juga nanti, sabar ya".

3.Terima Tawaran IPTA.

Ibubapa yang anaknya diterima masuk ke menara gading sangat bersyukur dan hilang semua penat lelah membesarkan anaknya. Pada ibubapa yang anaknya gagal masuk kemana-mana pengajian tinggi dan tidak mendapat sebarang tawaran langsung, cukup menyedihkan dan menghampakan.

Nasihat penulis: Jangan ditanya pada mereka pada hal anda tahu anak mereka tidak menerima sebarang tawaran. Jika terjumpa juga, nasihatkan mereka dengan kata-kata, "Yang keluar dari IPTA pun belum tentu menjaminkan mendapatkan pekerjaan, rezeki anak-anak kita tidak tahu lagi".

4. Putus cinta/Putus Tunang.

Perkara ini adalah lumrah pada semua orang. Ada yang boleh menerima dengan hati terbuka. Hati gembira melihat kawan yang selalu ke hulu kehilir dengan teman lelaki atau wanita tiba-tiba frust menunging. Makan tak lalu dan hilang arah. Jangan diperli, mesti gaduh punya.

Nasihat penulis: Nasihatkan kawan yang putus cinta. "Mungkin jodoh kamu dengan orang lain" atau "Kumbang bukan seekor, banyak kumbang-kumbang yang baik untuk kamu".

5. Ditimpa Kemalangan.

Apabila jiran atau sedara mara yang ditimpa kemalangan, terus anda melawat mereka. Kadang-kadang ada yang busuk hati. Kerana yang terlibat kemalangan menggunakan kereta mewah dan jarang menegur anda. 

Nasihat penulis: Bila melawat mereka yang sedang sengsara. Katakan begini " Allah sayangkan kamu!, harta boleh dicari ganti.".

6.Mendapat harta pesaka.

Bila mendapat harta pesaka selepas kematian arwah. Ada adik beradik yang tidak menerima sebarang harta mesti rasa sedih. Sakit hati mereka ini boleh memutuskan silahtulrahim. Banyak yang kita dengar sampai berparang dan bermusuhan disebabkan harta. Tapi jika anda anak angkat memang tak layak langsung dapat pembahagian harta pusaka usah risau kerana banyak harta pusaka banyak soal jawab dengan Allah SWT disana nanti.Lambat masuk syurga.

Nasihat penulis: Jika anda mendapat wasiat dan bahagian anda yang banyak. Jangan terlebih cakap. Katakan dengan rendah hati pada mereka " Tak sangka arwah wasiatkan harta ini.InsyaAllah kalau kamu susah dan memerlukan pertolongan, akan aku tolong dengan harta arwah nanti".

7. Keputusan UPSR/PMR/SPM.

Bila keluar sahaja keputusannya dan anak kita mendapat "strait A". Selalunya kita sibuk dan terus menalipon habis semua kawan-kawan. Lepas tu sibuk nak tahu keputusan anak orang lain pula. 

Nasihat penulis: Tidak perlu tahu keputusan anak-anak orang lain. Mungkin ibubapa anaknya yang keputusan tidak baik sedang bersedih. Jika berjumpa kawan-kawan, katakan begini " Masih ada masa lagi untuk anak-anak berusaha mendapat kejayaan pada peperiksaan akan datang".

8. Jatuh susah.

Selalunya bila kita jatuh susah dalam perniagaan, ramai kawan-kawan yang akan menjauhi kita. Ini perkara lumrah dalam hidup. Semasa kaya dan senang, telefon selalu berderingx ajak minum teh dan bermacam-macam yang kita tak larat nak layan. Bila jatuh susah telefon sunyi senyap.

Nasihat penulis: Hari ini mungkin kawan kita jatuh susah. Esok silap-silap kita pula jatuh susah. Hidup ini macam roda. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Jika terjumpa kawan yang jatuh susah. Tegur dengan baik kerana perasaan mereka sensitif. Beri kata perangsang "Kamu boleh bangun semula, jangan putus asa, banyak orang yang terkenal hari ini, pernah jatuh dan bangun kembali".

9. Mendapat tender/Peluang Bisnes.

Persaingan diantara kontraktor-kontraktor mendapat tender memang sengit.Yang selalu ada kroni akan dapat. Mungkin anda ada kroni. Nasib anda baik dan mendapat tender dengan perbezaan harga yang kurang sedikit dari kontraktor lain. Selalunya kontraktor akan berjumpa dan minum bersama yang berada dikawasan yang sama. 

Nasihat penulis: Jangan menjauhi kontraktor lain yang selalu gagal dapat tender. Beri sedikit peluang kepada mereka seperti membekalkan barang-barang projek kepada anda dan pasti mereka mendekati anda. Apabila mereka mendapat tender yang lebih besar, mungkin mereka teringat anda sebagai sub-kontraktor pula. Katakan pada yang gagal mendapat tender " Tender ni bukan aku boleh buat semua, yang mana boleh aku subkan kerja, sama-sama kita cari makan".

10. Penceraian suami isteri.

Bila berlaku penceraian, ada pihak yang bahagia, Jika si isteri berkahwin dengan temannya dan hidup susah. Bekas suami akan merasa puas hati. Memang dia akan sakit hati jika bekas isterinya senang dan mewah bersama suaminya baru. Begitu juga isteri yang diceraikan akan merasa gembira jika suami yang dahulu kaya berkahwin lain dan kemudian jatuh susah dalam perniagaan dengan isteri baru. 

Nasihat penulis: Sekiranya terjadi begini, doakan supaya mereka bahagia membina rumahtangga baru. Jangan dendamkan kerana sudah ditakdirkan jodoh bukan untuk anda. Selalu penulis menasihat pada kawan-kawan yang sudah bercerai supaya jangan mendendamkan bekas isteri mereka. Katakan kepada mereka "Ini bukan jodoh kamu, carilah penganti yang lebih baik". 

Setakat sepuluh sahaja penulis terfikir setakat ini. Banyak lagi contoh seperti menjadi isteri kedua. Madu kita sengsara. Begitu juga seperti calon yang kalah pilihanraya.Yang menang bergembira.

Hati yang baik tak akan gembira melihat orang lain sengsara. Malah ditolongkan sedaya upaya orang yang malang. Doakan kepada mereka yang malang supaya ditetapkan hati pada Allah SWT. Jika hari ini anda berdoa kepada kawan-kawan yang ditimpa musibah. Suatu hari nanti segala malaikat dan segala makhluk Allah SWT akan mendoakan kebahagian kepada anda pula. Bukan rugi pun mendoakan untuk kebahagian orang lain malah Allah SWT akan merahmati kamu. Baik hati ibarat emas dalam jiwa.

Hati yang baik bukanlah sekadar kurniaan dari Allah SWT yang diberikan kepada orang-orang tertentu saja, namun hati yang baik juga boleh diperolehi dengan latihan dan pendidikan. Salah satu cara untuk mendapatkan hati yang baik adalah senantiasa berkomunikasi hati dengan Allah SWT. Allah SWT adalah Dzat Yang Maha Baik, maka siapapun yang selalu berkomunikasi kepadaNya akan mendapatkan cahaya kebaikan. 




Jazakallah Khairan.

Wednesday 17 August 2016

AMALAN-AMALAN YANG MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH SWT



Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah SAW bersabda:
"Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya"
Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi SAW bersabda:
"Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya"
Dari hadiths Nabi SAW diatas. Jelaslah bahawa menyampaikan dan menyebarkannya isi kandungan ini juga, akan mendatangkan kebaikan dan menerima ganjaran pahala dari Allah SWT. 

1. IBADAT PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL
Ganjaran: Pahala Berpuasa Setahun. 

Dari Abu Ayyub r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa setahun penuh.” (Riwayat Muslim)
2. MENYEMPURNAKAN WUDUK DAN MEMBACA DOA SELEPAS WUDHUK 
Ganjaran: Dibuka Lapan Pintu Syurga Dan Boleh Memasuki Dari Mana-mana Pintu.

Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi SAW bersabda: 
“Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu’ lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu’nya, kemudian mengucapkan:Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, melainkan di-bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. la diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya.” (Riwayat Muslim)
3. SOLAT SUNAT SUBUH 2 RAKAAT 
Ganjaran: Lebih Baik Dari Dunia Dan Isinya.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha pula dari Nabi SAW, sabdanya: 
“Dua rakaat sunnah fajar yakni sebelum Subuh adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini -yakni dunia dan seisinya.” (Riwayat Muslim)
4. SOLAT SUBUH DAN ASAR
Ganjaran: Ianya akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga.

Dari Abu Musa r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang bersembahyang shalat bardain yakni shalat Subuh dan salat Asar, maka ia akan masuk syurga.” (Muttafaq ‘alaih)
5. BERZIKIR SELEPAS SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI
Ganjaran: Pahala Ibadat Haji Dan Umrah.

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: 
"Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna. 
6. SOLAT BERJEMAAH
Ganjaran: 27 Kali Ganda Dari Solat Bersendirian.

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat.” (Muttafaq ‘alaih)
7. SOLAT ISYAK DAN SUBUH BERJEMAAH 
Ganjaran: Solat Isyak - Pahala Menghidupkan Separuh Malam. 
Ganjaran: Solat Subuh - Pahala Menghidupkan Sepenuh Malam.

Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
”Barangsiapa yang mengerjakan shalat Isya’ dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan shalat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam suntuk.” (Riwayat Muslim)
8. SOLAT SUNAT RAWATIB
2 Rakaat Sebelum Subuh, 2 Rakaat Sebelum Dan Selepas Zohor,2 Rakaat Sebelum Asar,2 Rakaat Selepas Maghrib, 2 Rakaat Sebelum Dan Selepas Isyak
Ganjaran: Dibina Untuknya Rumah Di Syurga.

Dari Ummul mu’minin yaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang karena Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didiri-kanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)
9. MEMBACA AL-QUR’AN
Ganjaran: 1 Huruf 10 Pahala

Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: 
“Barangsiapa yang membaca sebuah huruf dari kitabullah -yakni al-Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang seperti itu. Saya tidak mengatakan bahwa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf.”Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.
10. BERSEDEKAH 
Ganjaran: 700 Kali Ganda

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 261: 
Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. 
11. MENZIARAHI ORANG SAKIT
Ganjaran: Tempat Penuaian Buah-buahan Di Syurga Dan Di Doakan Oleh 70 Ribu Malaikat.

Dari Ali r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudaranya Muslim -yang sakit di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang dan jikalau ia meninjaunya itu di waktu petang, maka ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi.Juga orang tersebut akan memperoleh tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga.”Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Alkharif artinya ialah buah-buahan yang sudah waktunya dituai atau dipetik.
12. SOLAT JENAZAH DAN MENGIRINGI JENAZAH
Ganjaran: Satu Qirat Dan Dua Qirat Bermaksud Satu Bukit Besar

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyaksikan mayit sehingga ia disembahyangi yakni ikut menyembahyangi pula, maka ia memperoleh pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga di kubur, maka ia memperolehi pahala dua qirath.”Baginda ditanya: “Seberapakah dua qirath itu?” Baginda menjawab: “Yaitu seperti dua gunung yang besar-besar.” (Muttafaq ‘alaih)
13. SOLAT DI MASJIDIL AQSA 
Ganjaran: 500 Kali Ganda

Sabda Nabi SAW:
"Kelebihan Solat didalam masjdil haram bersamaan dengan 100,000 solat (ditempat lain), dan solat didalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid al-Aqsa bersamaan 500 solat) Riwayat Tabrani 
14. SOLAT DI MASJID NABAWI 
Ganjaran: 1000 Kali Ganda 

Sabda Nabi SAW: 
Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram 
15. SOLAT DI MASJIDIL HARAM 
Ganjaran: 100,000 Kali Ganda

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di  masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” HR Imam Ahmad
16. UMRAH DI BULAN RAMADAN 
Ganjaran: Seperti Mengerjakan Haji Bersama Rasulullah SAW 

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi SAW bersabda:
"Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan itu menyamai pahalanya dengan sekali haji atau sekali haji beserta aku.” (Muttafaq ‘alaih) 
17. HAJI MABRUR 
Ganjaran: Syurga 

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: 
Haji mabrur maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga.” (Muttafaq ‘alaih)
18. MEMBERI SALAM, MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN DAN SOLAT DI TENGAH MALAM (TAHAJJUD) 
Ganjaran: Syurga

Dari Abdullah bin Salam r.a. bahwasanya Nabi SAW bersabda:
"Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersembahyanglah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.”Diriwayatkan oleh-lmam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.
19. PUASA
Ganjaran: Allah Yang Menentukan Pahala

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW: 
Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)
20. SOLAT TERAWIH 
Ganjaran: Pengampunan Dosa

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata:Adalah Rasulullah SAW. menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: 
"Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu." ( H.R : Jama’ah )
21. LAILATUL QADAR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

Firman Allah SWT: 
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Surah al-Qadr"
22. PUASA SUNAT HARI ARAFAH 
Ganjaran: Diampunkan Dosa Tahun Yang Lalu Dan Tahun Yang Akan Datang.

Dari Abu Qatadah r.a., katanya: “Rasulullah SAW ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah – iaitu tanggal 9 Zulhijjah. Baginda lalu bersabda: 
“Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
23. PUASA HARI ASYURA (10 MUHARRAM) 
Ganjaran: Diampunkan Dosa Tahun Yang Lalu

Dari Abu Qatadah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Asyura – tanggal 10 Muharram, Baginda lalu bersabda: 
“Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau.” (Riwayat Muslim)
24. MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH 
Ganjaran: Diharamkan Memasuki Neraka

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis kerana ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga musuh datang dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

25. MEMBINA MASJID ALLAH 
Ganjaran: Dibina Untuknya Rumah Di Syurga

Maksudnya: 
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Wallahualam.

MURTAD DAN JADI KAFIR KERANA KEJAHILAN UMAT ISLAM DALAM FACEBOOK.


Murtad bukan sekadar menukar agama Islam ke agama lain, tapi dari ucapan dan penulisan seperti yang berlaku dimasa kini oleh remaja-remaja Islam dalam "facebook" mereka sangat membimbangkan. Adakah mereka ini kurang pendidikan agama atau bagi mereka hanya gurauan semata-mata?

Perlu ingat murtad dan jadi kafir terbahagi dalam empat keadaan iaitu:
  • Melakukan perbuatan kekafiran secara serius.
  • Melakukan perbuatan kekafiran secara main-main.
  • Melakukan perbuatan kekafiran dalam keadaan ketakutan.
  • Melakukan perbuatan kekafiran dalam keadaan dipaksa, namun hatinya berasa mantap dengan kekafiran.
Lihat satu cntoh dari facebook remaja ini, walaupun remaja ini menganggapnya sebagai gurauan tetapi apabila kata-kata seperti itu merendahkan Allah SWT ia sudah kafir secara tidak sengaja. Jadi beringat-ingat sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan secara main-main.


Murtad atau juga disebut sebagai kekafiran kerana beberapa sebab. Boleh jadi kerana mengingkari sesuatu yang sudah diketahui secara pasti sebagai bahagian daripada hukum agama atau dengan melakukan perbuatan kekafiran, ucapan kekafiran atau kerana tidak peduli dan ingkar dengan agama Allah.

Ada orang menjadi batal imannya kerana keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai anak, isteri atau meyakini bahawa Allah memiliki sekutu dalam mentadbir dan mengurus alam semesta ini, meyakini ada makhluk yang memiliki nama, sifat atau perbuatan seperti Allah. Ini juga termasuk meyakini ada sesuatu makhluk yang berhak disembah atau meyakini bahawa Allah memiliki sekutu dalam rububiyyah. Dengan keyakinan begini, seseorang itu terjerumus dalam kancah kekafiran besar yang mengeluarkan dirinya dari Islam atau juga disebut murtad.

Seseorang itu juga boleh jadi murtad kerana perbuatan bersujud kepada berhala, mengamalkan ilmu sihir atau melakukan berbagai bentuk kesyirikan seperti berdoa kepada selain Allah, menyembelih haiwan untuk selain Allah, bernazar untuk selain Allah, atau bertawaf di selain Kaabah dalam mendekatkan diri kepada Allah. Jadi orang boleh menjadi murtad kerana perbuatan atau menerusi ucapan.

Seseorang juga boleh jadi murtad gara-gara ucapan mencaci Allah, mencaci Rasul-Nya, mencaci Islam, atau mengolok-olokkan Allah, kitab-Nya atau agama-Nya.

Allah SWT berfirman mengenai kelompok orang dalam perang Tabuk yang mengejek Nabi dan sahabat yang bermaksud:
"Katakanlah: Apakah dengan Allah, ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu meminta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman, jika Kami memaafkan segolongan kamu (kerana mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang yang selalu berbuat dosa." (Surah at-Taubah, ayat 65-66).
Dalam ayat di atas Allah SWT menetapkan bahawa mereka kafir setelah dulunya beriman. Ini menunjukkan bahawa kekafiran itu kerana perbuatan dan keyakinan seperti dalam ayat di atas. Orang berkenaan kafir gara-gara ucapan mereka.

Manusia juga boleh murtad kerana berpaling terhadap agama Allah dan meninggalkan atau menolak agama Allah, seperti tidak mahu mempelajari agama dan tidak mahu menyembah Allah. Orang ini murtad disebabkan sikap berpaling tadahnya.

Walhasil murtad itu boleh jadi kerana gara-gara pengingkaran, perbuatan, ucapan atau berpaling dan tidak peduli.

Orang yang dipaksakan untuk mengucapkan ucapan kekafiran atau perbuatan kekafiran itu dimaafkan jika paksaannya yang menyebabkan tidak ada pilihan lain.

Wassalam

Tuesday 16 August 2016

PANDUAN MEMULAKAN SOLAT SETELAH LAMA MENINGGALKANNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini. Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan

Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad. Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan. Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan. Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua. Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan. Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat. Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib. Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan. Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui. Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan. Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah. Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif. Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani. Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan. Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat. Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. 

Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya. KesimpulanJika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama. Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.Wallahu a'lam. 

Petikan artikel di ambil dari: Nukilan Istimewa

SIFAT BAIK DAN AMALAN MULIA


Setiap amalan baik yang dilakukan seseorang Muslim di dunia ini akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Berpandukan al-Quran, segala amalan dan kewajipan telah dijelaskan kepada manusia supaya beriman dan beramal kepada Allah SWT.

Melakukan amalan baik bermula daripada percakapan dan perbuatan. Seperti kata ahli tasauf, Ibrahim bin Adham, kami perbaiki bahasa kami, maka kami tidak akan mengalami kesalahan dalam bertindak dan jika perbuatan kami salah kami perbaiki.

Sesungguhnya, segala kemewahan, kenikmatan, kemegahan yang ada di dunia ini jika tidak dimanfaatkan sebaiknya tidak boleh membantu kita kepada jalan Allah SWT. Tiap nikmat kesenangan dunia, pasti akan rosak dan lenyap.

Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud: 
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwa kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 102)
Ketakwaan bermaksud ketaatan mengerjakan perintah Allah SWT dengan mengerjakan amalan solat lima waktu, solat sunat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadan dan berpuasa sunat, menunaikan haji, umrah serta amalan lain seperti bersedekah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At-Taubah, ayat 105)
Ayat ini jelas membuktikan amalan baik dilakukan dengan penuh keimanan akan mendapat balasan pahala di akhirat nanti. Beriman kepada Allah SWT, tauhid dan penghambaan diri dengan tidak menyekutukan-Nya akan mengukuhkan keimanan dalam jiwa setiap Muslim.

Berkaitan syurga pula, daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Kunci syurga adalah solat dan kunci solat itu adalah wuduk.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad). Sesungguhnya, solat itu amalan yang utama kepada umat Islam selain daripada amalan lain.
Daripada Abdullah bin ‘Amar, beliau bertanya Rasulullah SAW: 
“Wahai Rasulullah! Apakah keuntungan majlis zikir itu? Baginda menjawab: Keuntungan majlis zikir itu adalah syurga, syurga.” (Hadis riwayat Ahmad)
Diriwayatkan dari Tasuban, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa yang mati dalam keadaan bebas dari tiga perkara yakni kesombongan, dendam dan hutang, nescaya dia akan masuk ke syurga.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Syaibani)
Sifat sombong, menyimpan dendam dan berhutang patut dielakkan oleh umat Islam. Perbuatan ini jika diamalkan akan menyebabkan seseorang itu menjurus kepada sesuatu tidak baik. Amalan baik dilakukan secara berterusan sangat digalakkan Islam.

Oleh itu, lakukan segala amalan yang baik dalam kehidupan ini bagi mendapat keredaan Allah SWT.

Sifat baik dan amalan mulia dilakukan serta diterima Allah SWT akan membawa ke syurga. Jadikan keimanan dan ketakwaan dalam setiap amalan kepada Allah SWT untuk menuju ke syurga-Nya.

Wassalam

BAGAIMANA NAK MELAKUKAN TAUBAT NASUHA?



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa yang dimaksudkan dengan taubat nasuha? Bagaimana cara melakukannya?

Sesungguhnya tidak satu manusia pun di alam ini yang terbebas dari dosa walaupun kecil. Namun demikian Allah swt dengan rahmatnya kepada hamba-hamba-Nya selalu memberikan kepada mereka yang berbuat dosa kesempatan untuk bertaubat dari segala dosa dan kesalahan. Allah selalu membukakan pintu taubat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang mau bertaubat selama ruhnya belum berada di kerongkongan atau matahari terbit dari barat.

Taubat dari dosa menurut Al Ghozali adalah kembali kepada Sang Maha Penutup aib dan Yang Maha Mengetahui yang ghaib (Allah swt). Ia merupakan awal perjalan orang-orang yang berjalan, modal orang-orng sukses, langkah awal para pencinta kebaikan, kunci istiqomah orang-orang yang cenderung kepada-Nya, awal pemilihan dari orang-orang yang mendekatkan dirinya, seperti bapak kita Adam as dan seluruh para Nabi.(Ihya Ulumuddin juz IV hal 3)

Tentunya taubat seorang yang berdosa hendaklah dilakukan secara serius dan sungguh-sungguh bukan bertaubat kemudian dengan mudahnya dia mengulangi lagi perbuatan maksiatnya. Inilah yang disebut dengan Taubat Nashuha artinya taubat yang sebenar-benarnya, murni dan tulus, sebagaimana firman Allah swt,”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).

Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb Kami, sempurnakanlah bagi Kami cahaya Kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. At Tahrim : 8)

Dosa yang dilakukan seorang manusia baik yang terkait dengan Allah swt, seperti : tidak menjalankan perintah-perintah-Nya ataupun dosa yang terkait dengan manusia lainnya, seperti : mencuri harta bendanya dan lainnya, menuntutnya untuk melakukan taubat agar Allah swt memberikan ampunan kepadanya dan manusia yang dizhalimi tersebut memberikan pemaafan kepadanya.

Cara-cara melakukan taubat nashuha :


1. Meninggalkan kemaksiataan yang dilakukannya.
2. Menyesali perbuatannya.
3. Bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi selama-lamanya.

4. Jika terkait dengan hak-hak orang lain maka hendaklah ia mengembalikannya kepada yang memilikinya.

Wallahu A’lam

Wednesday 10 August 2016

DOA HILANGKAN MARAH DAN PERMUSUHAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Disini penulis serta dua doa iaitu Doa Hilangkan Marah dan Doa Jauhkan Permusuhan untuk ibubapa amalkan setiap kali selepas solat dan mohon kepada Yang Maha Esa supaya anak-anak kita sayang menyayangi diantara satu sama lain. Minta jauhkan pergaduhan dan hilangkan perasaan marah yang ada pada sesetengah anak kita yang kepala angin. 

DOA HILANGKAN MARAH


A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Maksudnya

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

DOA JAUHKAN PERMUSUHAN


Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

Maksudnya

“Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan bermaharajalela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”

Sekian. Wasallam.