Wednesday 13 July 2016

DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam rancangan TV9 iaitu RAUDAH yang dihostkan oleh Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah tentang tajuknya "TANGGANG MODEN, SALAH SIAPA". Sebelum akhir rancangan, Ustazah ada memberi dua doa untuk diamalkan oleh ibubapa untuk memperolehi anak-anak yang soleh. Doa dari Surah Shafaat (Ayat 100) dan Surah Ali-Imran (Ayat 38). Dan tambahan dari penulis Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan sembahyang dari Surah Ibrahim (Ayat 40-41). Anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu.

Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah.

1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)



Terjemahannya:

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!

2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)



Terjemahannya:

Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 


3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)


Terjemahannya:

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 


Amalan-amalan ketika mengandung.


Masa mengandung sembilan bulan adalah masa yang panjang. Oleh itu si ibu hendaklah sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Jika tak berapa kenal huruf boleh membaca dengan mengikut bacaan dari Al-Quran (FURQAN DIGITAL) atau selalu mendengar bacaan Al-Quran. 


1.Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan.
2.Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam.
3.Membaca ayat-ayat Al-Quran.
  • Surah-surah amalan ketika mengandung
  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin
  • Seluruh surah At-Taubah
  • Seluruh surah Yusuf
  • Seluruh surah Luqman
  • Seluruh surah Maryam
  • Surah An-Nahl ayat 78
Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.

1. Adab isteri terhadap suami ketika mengandung. 
  • Mengasihi dan menyayangi suami.
  • Menjaga perkataan terhadap suami.
  • Tidak terlalu cerewet.
  • Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami.
  • Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga.
  • Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka.
  • Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
2. Adab suami terhadap isteri
  • Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.
  • Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar.
  • Selesaikan selisih faham.
  • Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  • Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat.
Anak Derhaka yang tidak sempat memohon kemaafan daripada Ibubapa mereka yang telah meninggal dunia.

Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat. Masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pintu taubat senantiasa terbuka luas. Apa yang anda patut lakukan adalah: 
  • Banyak sedekah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepada arwah. 
  • Selalu membaca Al-Quran dan menghadiahkan kepada arwah. 
  • Sedekah amal jariah atas nama arwah.
  • Jika arwah tak sempat tunai haji. Buat haji untuk arwah.
  • Selalu buat tahlil untuk arwah.
  • Banyak bertaubat dan banyak berzikir kepada Allah SWT memohon keampunan.
Setelah anda lakukan semua perkara tersebut, insyaAllah roh mereka akan mendapat ketenangan. Apa-apa musibah yang anda terima, hadapilah dengan hati yang redha. Kerana balasan untuk anak derhaka di dunia, Allah SWT tunaikan sebelum mati. Jika anda tidak berputus asa. InsyaAllah akan mendapat keampunanNya dan rahmatNya. Apa-apa sekalipun kata-kata ahli keluarga yang terdekat terhadap diri anda. Bukan mereka menentukan syurga atau neraka untuk anda. Hanya Allah swt menentukan baik atau buruk nasib anda diakhirat nanti bergantung atas amal jariah dan keikhlasan anda denganNya.

Kepada Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah. Kita ucapkan Jazakallah Khairan iaitu Semuga Allah memberi balasan yang baik kepada kamu.

Wasallam.

No comments:

Post a Comment