Sunday 31 July 2016

DOA MENGHINDARKAN DIRI DARI ILMU PUKAU



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa ini juga dikenali sebagai Doa Elak Mudarat yang baik dibaca pada setiap kali selepas solat subuh dan solat Maghrib sebanyak 3 kali. Amalkan tiap-tiap hari sebagai amalan yang baik untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga. 

Pada ketika ini yang serba serbi mahal dan memerlukan duit untuk menampung kehidupan harian yang mencabar dengan kenaikan kos sara hidup telah menjadikan sebahagian manusia mengambil jalan pintas mencari duit dengan menggunakan ilmu pukau untuk memukau mangsanya tidak kira lelaki atau wanita. Jadi berhati-hatilah jika ada individu yang tidak kenali menghampiri anda untuk melakukan tipu daya terhadap anda dengan berbagai taktik seperti menghembuskan asap rokok, menyuruh anda memegang batu cincin dan sebagainya yang tak terfikir oleh kita.

Sihir pukau keatas mangsa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepada si pemukau tanpa paksaan.

Mangsa hanya akan sedar selepas si pemukau menghilangkan diri bersama wang dan barang kemas. Cara pukau melalui mata ke mata atau ditepuk dibelakang bahu mangsa. 

Kepada wanita yang terkena sihir pukau, walaupun habis semua wang dan barang kemas diserahkan kepada sipemukau tetapi masih lagi bernasib baik kerana tidak kehilangan barang yang berharga iaitu maruah anda. Amalkan sebelum terlambat.

Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari

Baca doa berikut:



“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.

Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.

Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda,
‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya):
“Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.

Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.

Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.

Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.

Waalahu a’lam.

Peniaga dipukau lelaki berkopiah


RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah Alam, Khamis lalu.

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.

Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya.

Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.

“Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut.

“Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber kosmo.

DOA NURUN NUBUWWAH DAN RAHSIANYA.



BACA LAH DOA INI SELALU DAN POHONLAH HAJAT YANG DI KEHENDAKI SETIAP MASA TERUTAMA SELEPAS SOLAT FARDU.

Dan Allah SWT berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60
 "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" -surah al-Baqarah: 186.
Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.



Allahumma zissulthonil 'azim. Wa zil mannil qadim. Wa zil wajhil karim. Wawaliyyal kalimatittamaati waddaa'waa tilmustajabah. 'aakhili hasaniwal husaini minaan fusilhaq 'iaani qod rotiwannaa thiri nawaai nil insi waljinnni. waain yaka dul zina kafarulayuz liqunaka biabso rihim laha samiaullazik rawa yaqulu nainnahu lamajnuun. wamaa huwailla zikrul lilaa lamin. wamustajaa bulugma nilhakim. Wawarisa sulaimaa nudawuda aalayuhimassa lamulwaduud zul aar shilmajid. thowil umri wasohhij ajsaadi wagthiha jati waaksir amwa lii waauladi wahabib linna siajmaainn nawataba aadilaadaa watakullahaa min binii aadama aalaihis salam. Man kaanaa hayyaa wayahighol khauluaalalkaa firin. wakhul jaa aal hagghu wazahawwalbaa thilu innalba thili kaanazahum kho. wanunazillu minnal khuru aanima huwa shifaa umm waruh matunn lilmukminin. walayazi duttho liminna illaa khosaaroo. Subha narobikaa robbil izzati ammaa yasifun. wasalamun a'lalmur salinn walham dulillah hirobbil aalaamin.

Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. 

Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku, kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”


Di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuhketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu WaTaala untuk menyampaikan doa ini kepadamu/Rasulullah”. Selanjutnyabeliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir/tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis,jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang.
Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja/menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semula jadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali,kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, disamping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang,dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8 ) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.
Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bila mana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini,Insya’ Allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.
Bila mana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’Allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular
Bila mana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.
Bila mana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat.Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18 ) Terhindar dari Kekufuran.
Bila mana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bila mana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.
Bila mana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.
Bila mana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda
Bila mana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.
Bila mana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat
Bila mana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat
Bila mana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.
Bila mana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.
Bila mana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28 ) Melamar wanita.
Bila mana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus ditempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.
Bila mana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunyit (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain. Semua atas kehendakNya.

Wasallam.



DOA RAWATAN LUMPUH ATAU STROK

Tentang Strok

Strok atau yang dikenali dalam sebutan medik Cerebrovascular Accident (CVA) terjadi ketika pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah. Ketika ini terjadi, darah gagal mengalir ke bahagian otak yang merupakan penyalur oksigen dan nutrius ke tubuh.
Akibatnya, sel otak dan saraf akan mati dan kemampuan yang dikendalikan oleh bahagian otak menjadi hilang. Pesakit strok boleh menjadi lumpuh, tidak mampu bercakap, dan mengalami koma. Bergantung di mana strok terjadi dan berapa banyak daerah otak yang rosak.

Cara-cara rawatannya

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Shalawat Nabi (10x).
2. Al-Fatihah (1x).
3. Ayatul Kursi (1x).
4. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30 (11x).

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30. Maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap pagi. Sapu air pada bahagian anggota yang kena strok. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

DOA UNTUK RAWATAN LUMPUH DAN STROK


Maksudnya:

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah: 

1. Bersenam atau beriadah. 
2. Mengawal pengambilan makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) . 

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit.  

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 

4. Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 

5. Nabi SAW mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga para saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis kimia percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Gejala, Penyebab, dan Akibat Stroke

Strok termasuk penyakit serebrovaskuler (pembuluh darah otak) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral) yang terjadi kerana berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Berkurangnya aliran darah dan oksigen ini boleh disebabkan adanya sumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah.

WHO mendefinisikan bahawa strok adalah gejala-gejala penurunan fungsi susunan saraf yang diakibatkan oleh penyakit pembuluh darah otak dan bukan oleh yang lain dari itu.

Strok dibagi menjadi dua jenis yaitu: 
1. strok iskemik 
2. strok hemorragik.

Strok iskemik yaitu tersumbatnya pembuluh darah yang menyebabkan aliran darah ke otak sebahagian atau keseluruhan terhenti. 80% strok adalah strok Iskemik. Strok iskemik ini dibagi menjadi 3 jenis, yaitu :
  • Strok Trombotik: proses terbentuknya thrombus yang membuat penggumpalan.
  • Strok Embolik: Tertutupnya pembuluh arteri oleh bekuan darah.
  • Hipoperfusion Sistemik: Berkurangnya aliran darah ke seluruh bahagian tubuh kerana adanya gangguan denyut jantung.
  • Strok hemoragik adalah strok yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah otak. Hampir 70% pesakit strok hemoragik terjadi pada pengidap tekanan darah tinggi.
Strok hemoragik ada 2 jenis, yaitu:

1. Hemoragik Intraserebral: pendarahan yang terjadi didalam jaringan otak.
2. Hemoragik Subaraknoid: pendarahan yang terjadi pada ruang subaraknoid (ruang sempit antara permukaan otak dan lapisan jaringan yang menutupi otak).

Tanda dan Gejala-gejala Stroke

Berdasarkan lokasinya di tubuh, gejala-gejala strok terbahagi menjadi berikut:


  • Bahagian sistem saraf pusat: Kelemahan otot (hemiplegia), kaku, menurunnya fungsi sensorik
  • Batang otak, dimana terdapat 12 saraf kranial: menurun kemampuan membau, mengecap, mendengar, dan melihat parsial atau keseluruhan, refleks menurun, ekspresi wajah terganggu, pernafasan dan detak jantung terganggu, lidah lemah.
  • Cerebral cortex: aphasia, apraxia, daya ingat menurun, hemineglect, kebingungan.
Jika tanda-tanda dan gejala tersebut hilang dalam waktu 24 jam, dinyatakan sebagai Transient Ischemic Attack (TIA), dimana merupakan serangan kecil atau serangan awal strok.

Faktor Penyebab Strok

Faktor risiko medik, antara lain Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), Kolesterol, Aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), Gangguan jantung, diabetes, Riwayat strok dalam keluarga, Migrain.

Faktor resiko perilaku, antara lain Merokok (aktif & pasif), Makanan tidak sehat (junk food, fast food), Alkohol, Kurang bersenam, Mendengkur, Kontrasepsi oral, Narkoba, Obesiti.

80% penyebab strok adalah tekanan darah tinggi dan arteriosklerosis, Menurut statistik. 93% pengidap penyakit trombosis ada hubungannya dengan penyakit tekanan darah tinggi.

Penyebab strok pada dasarnya adalah, suasana hati yang tidak tenteram (marah-marah), terlalu banyak minum alkohol, merokok dan senang mengambil makanan yang berlemak.

Derita selepas serangan Strok

"Sudah Jatuh tertimpa Tangga" Pula, peribahasa itulah yang tepat bagi penderita Strok.

Setelah strok, sel otak mati dan hematom yg terbentuk akan diserap kembali secara bertahap. Proses alami ini selesai dalam waktu 3 bulan. Pada saat itu, 1/3 orang yang selamat menjadi bergantung dan mungkin mengalami komplikasi yang dapat menyebabkan kematian atau cacat

Diperkirakan ada 500.000 penduduk yang terkena strok. Dari jumlah tersebut:

1/3 - boleh pulih kembali,
1/3 - mengalami gangguan fungsional ringan sampai sedang,
1/3 sisanya - mengalami gangguan fungsional berat yang mengharuskan penderita terus menerus di katil (lumpuh).
Hanya 10-15 % penderita strok boleh kembali hidup normal seperti sedia kala, bakinya mengalami cacat, sehingga banyak penderita Strok menderita stress akibat kecacatan yang ditimbulkan setelah diserang strok.

Akibat Strok lainnya:

80% penurunan parsial/total gerakan lengan dan kaki.
80-90% bermasalah dalam berfikir dan mengingat.
70% menderita depresi.
30 % mengalami kesulitan bercakap, menelan, membedakan kanan dan kiri.


Strok tak lagi hanya menyerang golongan lanjut usia, namum kini cenderung menyerang generasi muda yang masih produktif. Strok juga tak lagi menjadi milik warga kota yang mewah , namun juga dialami oleh warga yang miskin yang hidup dengan serba kekurangan.

Hal ini akan menampakkan terhadap menurunnya tingkat produktiviti serta dapat mengakibatkan terganggunya sosial ekonomi keluarga. Selain kerana besarnya pembiayaan mengubat selepas serangan strok , juga yang menderita strok adalah keluarga yang biasanya kurang melakukan gaya hidup sehat, akibat kesibukan yang padat.

Strok dapat dicegah, 
Hampir 85% dari semua stroke dapat DICEGAH.

Kerana ancaman strok hingga meragut nyawa dan derita akibat strok. Hidup BEBAS tanpa STROK merupakan impian bagi semua orang. 

Tak hairan semua orang selalu berupaya untuk mencegah Strok atau mengurangi faktor risiko dengan menerapkan cara hidup sehat, senaman yang teratur, menghindari stress hingga meminum ubat atau suplemen untuk menjaga kesihatan pembuluh darah hingga dapat mencegah terjadinya Strok.

Semuga mengamalkan gaya hidup yang sehat kerana semua penyakit adalah atas ketentuanNya dan mohonlah kepadaNya untuk menjadi sihat semula supaya kita dapat beribadat kepadaNya.

Wasallam. 

DOA UNTUK ORANG YANG BANYAK HUTANG PIUTANG



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika anda hidup di kelilingi hutang, Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk membaca doa yang dibawah ini. kata seorang sahabat Nabi, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:

"Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” 
(HR Abu Dawud 4/353)
Islam mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam menggalakkan umatnya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Walaupun begitu, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika di dunia hngga ke akhirat.

Doa tu merupakan doa untuk mengatasi masalah hutang kita yang  berpanjangan. Di dalamnya, ada beberapa permohonan agar Allah SWT melindungi kita dari masalah-masalah dalam hidup yang berkait secara langsung atau tidak dengan masalah hutang. 

 "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih.” 

Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.” 

Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mencari pinjaman/berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung untuk mencari ruang dan peluang membina hidup. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.” 

Biasanya orang yang berhutang menjadi orang yang diliputi rasa takut lalu cenderung menjadi pengecut. mentalnya jatuh. batin lemah juga. Jauh dari sifat pemberani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kedekut, jauh dari sifat demawan. kenapa? kerana dalam kepala otak dia cakap:

"Macam mana nak bersedekah, hutang aku pun banyak? tak bayar lagi?"

"Dan aku berlindung kepada Engkau dari dibelenggu hutang dan fitnah manusia."

Mengandungi inti permohonan seorang yang dibelenggu hutang. kita serahkan harapan kita, sepenuhnya, kepada Allah SWT, Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar meringankan masalah hutang yang berpanjangan membebani hidup kita. Di samping itu, kita  memohon agar dilindungi Allah SWT dari fitnah manusia. pihak pemberi hutang kan selalunya menzalimi orang yang berhutang kepada mereka?  setelah meminjamkan duit, si pemberi hutang merasa berhak ke atas yang berhutang, so dia buat sesuka hati asalkan hutang dilunasi segera. jadi, doa terakhir itu kita mintak supaya Allah lindungi kita dari kekejaman mereka. 

Sebab-Sebab Berhutang.

1. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh sahabat atau jiran yang sering menggalakkan berhutang walau hakikatnya dia tidak memerlukan tetapi hanya untuk berbangga.

3. Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang akan datang.

4. Kemudahan pinjaman yang sediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan material dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya dia tidak mampu.

Kesan Berhutang.

1. Menjadi satu budaya yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskannya.

2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3. Seseorang yang dibebani hutang memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan tergantung amalan serta rohnya setelah meninggal dunia sehingga dilunaskan segala hutang piutangnya.

5. Bagi mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tdak akan selamat di dunia dan di akhirat, sekalipun dia mati syahid.

Tanggungjawab Membayar Hutang.

1. Membayar hutang adalah menjadi syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah.

2. Seseorang yang berhutang hendaklah berniat untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah akan memudahkan baginya untuk membayar hutang.

3. Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika berkemampuan membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan orang yang zalim.

4. Kita mesti bersyukur kepada Allah dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat.

Wasallam.

Thursday 28 July 2016

Enam Pertanyaan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya




Suatu ketika Imam Al-Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya dan bertanya 6 perkara:


"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" tanya Imam Al-Ghazali. Murid-muridnya menjawab berbeda-beda. Mereka menjawab “Orangtua,” “guru,” “teman” dan “kerabat.” Lalu, Sang Imam menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar, tapi yang paling dekat dengan kita adalah "kematian."




"Apa yang

Wednesday 27 July 2016

CARA BETUL MEMBACA AYATUL KURSI UNTUK MENGUBATKAN ORANG YANG TERKENA GANGGUAN/DIRASUK JIN.



Cara yang betul yang diterangkan oleh Al-Fadhil Dato Ustaz Ismail Kamus untuk membaca Surah Ayatul Kursi bagi merawat orang yang terkena gangguan atau rasukan Jin adalah berikut:

1. Mula dengan azan.

2. Ayatul Kursi hendaklah dibaca sebanyak 300x dengan 9 waqaf. Tiap-tiap waqaf hendaklah berhenti. (Jikalau ada 10 orang, maka dibaca sebanyak 30 kali SETIAP seorang).

BACAAN AYATUL KURSI DENGAN 9 WAQAF.


ZIKIR KUATKAN IMAN



Zikir ini dapat menguatkan iman dan juga menghilangkan kegelisahan, kesedihan selepas ditimpa musibah atau bencana. jika banyak hutang boleh juga diamalkan. Lakukan 40 kali atau 100 kali selepas setiap kali solat..insyallah dengan izinNya.


‏أَللَّهُ ‏ ‏أَللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا 

“Allahu Allahu Rabbi Laa Ushriku Bihi Shai’a”

(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan apapun) 

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah sholallahu’alaihi wassalam berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:

″ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian″

“Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun.”

– Hadis riwayat Abu Daud.





Thursday 21 July 2016

KELEBIHAN DAN FADHILAT 3 AYAT TERAKHIR SURAH AL-HASYUR



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.


Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;

1. Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.

2. Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.

3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.

4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.

Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr

1) Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ﷺ telah bersabda :

“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

2) Rasulullah ﷺ bersabda: 

“Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3) Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya dengan membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

SOLAT MUSAFIR



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada pengembara Muslim yang selalu ke luar kawasan untuk bertugas.




CARA-CARA MELAKSANAKAN SEMBAHYANG JAMAK

Cara melaksanakan sembahyang jamak itu terbahagi kepada dua bahagia iaitu 'jamak taqdim' dan 'jamak takhir'.

Jamak taqdim bermaksud menghimpuan sembahyang asar ke dalam waktu zuhur serat sembahyang isya ke dalam waktu maghrib,manakala jamak takhir pula bermaksud sembahyang yang terdahulu kedalam waktu yang terkemudian iaitu menghimpunkan sembahyang zuhur ke dalam waktu asar,menghimpunkan sembahyang maghrib ke dalam waktu sembahyang isya.

SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN SEMBAHYANG JAMAK.

1. Berada di Arafah dan di Muzdalifah.
Para Ulamak sependapat bahawa menjamak sembahyang zuhur dengan sembahyang asar secara jamak taqdim di arafah dan menjamak sembahyang maghrib dengan sembahyang isya' di Muzdalifah adalah hukumnya sunat.

2. Musafir.
Menurut pendapat Imam syafie dan sebahagian Ulamak,menjamak sembahyang kerana musafir adalah hukumnya harus samada sembahyang itu dilakukan sedang berhenti mahupun sedang dalam perjalanan.

3. Hujan lebat.
Para Ulamak Syafieyah membolehkan seseorang yang bermukim menghimpunkan antara sembahyang zuhur dengan sembahyang asar,sembahyang maghrib dengan isya' secara taqdim apabila hujan lebat ketika mengangkat takbiratul ihram dalam sembahyang yang pertama sehingga selesai, sementara itu masih berterusan hujan ketika ingin memulakan sembahyang yang kedua. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ' sesunggunhya Nabi saw menghimpunkan antara sembahyang maghrib dan isya pada waktu malam kerana hujan lebat.'

4. Sakit atau uzur.
Imam Ahmad qadhi Hussain Al-Khattabi dan Al-Mutawwali dari kalangan Syafieyah membolehkan seseorang muslim menghimpunkan solat baik secara taqdim mahupun secara takhir. Mereka mengkiaskan bahawa kesukaran kerana sakit lebih besar daripada kesukaran kerana hujan.Dalam kitab Al-Mughni dinyatakan bahawa sakit yang membolehkan seseorang menghimpunkan sembahyangnya ialah apabila sembahyang itu dikerjakan pada waktunya, akan menyebabkan kesukaran dan lemah badan samada seseorang ditimpa sakit teruk seperti sakit kepala, sakit perut ataupun cirit-birit sehingga penyakit yang ddialaminya itu menghalangnya menunaikan sembahyang pada waktunya, maka ketika itu diharuskan menghimpunkan sembahyangnya.

5. Ada keperluan.
Dalam kitab 'syarah muslim' Imam An-Nawawi sebagai berikut: 'Beberapa Imam membolehkan menghimpun sembahyang bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itudijadikannya suatu kebiasaan'.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berbunyi: 'Sesungguhnya Nabi SAW sembahyang di Madinah sebanyak lapan rekaat, iaitu masing-maisng menghimpunkan sembahyang zuhur dengan asar serta maghrib dengan isya.

SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JAMAK

1. Syarat-syarat jamak taqdim.
(1) Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang,selagi sebelum memberi salam )
Lafaz niatnya seperti berikut :

(a) Lafaz niat sembahyang zuhur.
"Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rekaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala. "

(b) Lafaz niat sembahyang maghrib.
"Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rekaat dihimpunkan Isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala."

(c) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"Sahaja aku sembahyang fardhu isya’ empat rekaat dihimpunkan maghrib padanya Tunai kerana Allah Taala."

(2) Tertib.
Didahulukan sembahyang yang pertama,kemudian baru ditunaik yang kedua.

(3) Mualat.
Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan.Jangan diselangi dengan masa yang panjang.Peringatan :-

- Selang masa yang dibenarkan ialah tidak melebihi masa kadar dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

-Setelah mengerjakan solat yang pertama hendaklah kita segera melakukan solat yang kedua tanpa dibatasi oleh suatu perbuatan mahupun sekadar membaca tasbih kecuali untuk mengambil wudhuk sekiranya wudhuk batal.

(4) Masih berkekalan dalam musafir sehingga takbiratul ihram sembahyang yang kedua ( tidakdisyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu )

SYARAT-SYARAT JAMAK TAKHIR.

(1) Niat hendak takhirkan sembahyang fardhu zuhur ke waktu asar atau takhirkan sembahyang fardhu maghrib ke waktu isyak iaitu bermulanya masuk waktu sembahyang yang pertama hinggalah berakhirnya waktu ( dengan kata lain niat untuk takhirkan fardhu ke dalam waktu asar hendaklah diniatkan dalam waktu zuhur).

(2) Sekiranya jamak itu dilakukan semasa musafir,maka hendaklah perjalanan itu berkekalan sehingga selesai melakukan solat yang kedua. Dalam sembahyang jamak takhir ini tidak disyaratkan tertib, kerana Rasulullah SAW pernah menghimpunkan sembahyang zuhur ke dalam waktu asar ( jamak takhir ) dan beliau menunaikan sembahyang asar terlebih dahulu.
Lafaz niat jamak takhir seperti berikut:

(a) Lafaz niat sembahyang fardhu zuhur.
"Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rekaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala."

(b) Lafaz niat sembahyang fardhu asar.
"Sahaja aku sembahyang fardu asar empat rekaat dihimpunkan zuhur kepadanya tunai kerana Allah Tala."

(c) Lafaz niat sembahyang fardhu maghrib.
"Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rekaat dihimpunkan isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala.”

(d) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"Sahaja aku sembahyang fardhu isya empat rekaat dihimpunkan maghrib padanya tunai kerana Allah Taala".

SEMBAHYANG QASAR SERTA JAMAK.

Bagi orang yang sedang bermusafir, selain daripada dibolehkan menjamak dan mengqasarkan, bolehjuga menunaikan sembahyang jamak dan qasar sekaligus. Perbezaannya ialah apabila seseorang mengqasarkan sembahyangnya sahaja maka dia mestimenunaikan pada waktunya tetapi apabila seseorang itu menunaikan sembahyang secara jamak dan qasar sekaligus, maka sembahyang tersebut boleh dihimpunkan dan dipendekkan rekaatnya, yakin masing-masing sembahyang dijadikan dua rekaat. Keterangan kedudukan sembahyang yang lima waktu berkenaan dengan jamak dan qasar ini :

1)Sembahyang yang boleh dijamakkan ialah sembahyang zuhur,asar,maghrib dan isya.
2)Sembahyang yang boleh diqasarkan ialah sembahyang yang empat rekaat sahaja iaitu fardhuzuhur, asar dan isya.
3)Sembahyang yang boleh dijamak dan di qasarkan sekaligus ialah fardhu zuhur, asar dan isya.
4)Sembahyang yang boleh dijamakkan sahaja ialah sembahyang fardhu maghrib.
5)Sembahyang yang tidak boleh dijamak mahupun diqasarkan ialah fardhu subuh.

CONTOH LAFAZ NIAT QASAR DAN JAMAK.

1) Jamak taqdim.

a) Lafaz niat fardhu asar.
"Sahaja aku sembahyang fardhu asar dua rekaat qasar,dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala.”

b) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"sahaja aku sembahyang fardhu isya dua rekaat qasar,dihimpunkan maghrib kepadanya tunai kerana Allah Taala."

TEMPOH YANG DIHARUSKAN QASAR ATAU JAMAK KETIKA BERMUSAFIR.

1) Boleh sembahyang jamak dan qasar disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari tidaktermasuk hari masuk dan hari keluar daripada tempat itu.

2)Jika kita niat hendak berhenti semata-mata disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh selesai dalam masa empat hari,maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa empat hari ( atau hendak berhenti kurang dari empat hari ) maka boleh qasar dan jamak selama empat hari itu.

3)Jika kita niat hendak berhenti terus disuatu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut.Kita tidak boleh lagi sembahyang jamak dam qasar kerana kita telah niat bermukim disitu.

4)Jika kita berhenti disuatu tempat dalam musafir kerana ada urusan yang dijangka selesai dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari,maka kita boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5)Jika kita bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat yang tertentu yang dituju,kita tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6)Jika kita sedang sembahyang qasar dan jamak dalam kenderaan,tiba-tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak boleh jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) kita wajib sudahkan sembahyang fadhu itu secara tamam ( empat rekaat ).

7)Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar,maka kita wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8)Jika kita keluar dari rumah sebelum fajar hari jumaat,kita diharuskan mengerjakan sembahyang jumaat.Tetapi jika keluar selepas fajar hari jumaat,kita wajib mengerjakan sembahyang jumaat di mana tempat kita mendengar azan semasa kita bermusafir.

Sekian Wasallam.